9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, January 14, 2013

40 days of Dhia Batrisyia. Dah bijak memilih.

Hello readers! Eh masih ada ke readers? -..-

My little princess was 40days old yesterday! Err... orang berpantang 40 hari ke 44 hari erk? Ahh tak kire ahh consider dah abis ah ni. burn la lagi 4 days. haha. Lagipun Dhia bijak macam bukan baby baru lepas hari hehe..
40 days of Dhia Batrisyia.. :)
Anyway, soal berpantang.. senanya better 40, 44 60 atau 100 hari ek? n apa yang perlu berpantang tu? dari segi pemakanan je kan kan? Ala tapi kan bape hari pun pantang My rasa macam My ni pantang tak pantang same je lah... haha. Kat rumah mak memang takkan jumpa makanan-makanan sedap seperti fast food dan seantero dengannya. So, My hanya makan makanan yang mak masak.. makanan-makanan selain masak hanyalah biskut, roti, kuih muih, sate pun ado wooo.. n termasuklah durian.. burppp...:D (baby dhia sangat kuat, My makan durian sangat banyak hoke sepanjang last 2 weeks tapi Dhia takde cirit birit ke panas badan ke..heheh)

Yu ols yang dah alami pengalaman berpantang tu share lah dengan My what kinds of foods yang yu ols rasa My perlu lagi berpantang at least 60 hari ke, 100 hari ke setahun ke. Lebih-lebih lagi My breastfeed anak kan. Yela, My ni bab makan tolak batu kayu je takutlah nanti dah balik KL dah terdedah dengan makanan-makanan superb My jadi lupa ingatan yang My ni baru melahirkan dan dah ada anak yang sedang disusukan. haaa parah. so do leave your advise here okay.. tq! :)

Yu ols tau tak, Dhia sekarang.. grrr.. geram sungguh. tengok je lah muka nakal kat atas tu. ini anak.. sudah bijak hoke. Sudah sedia maklum, dengan kejamnya My dah TERcampur bagi fm dekat dia. Tapi lately ni dalam process nak singkirkan susu lembu dan teruskan fully bf, by right naik je keje no more susu lembu. Sekarang ni memang dah lebihkan susu badan cumanya sebab My tengah buat ebm sikit untuk stok minggu-mingu awal keje nanti jadinya susu fresh untuk dia minum agak terhad sebab Dhia tak suka nak direct feeding.. ;'( Sumbatlah macam mana pun Miss B kalau dia dah betul-betul lapar dia tolak mentah-mentah df, dia prefer susu dalam botol.

Dan, bijaknya dia.. taknak df ngan mummy tapi nak susu mummy. nak susu mummy dalam botol je taknak df.. :( Yang ni, mungkin silap My jugak sebab awal-awal dah bagi botol.. :( Lepas tu dah pandai bezakan susu lembu dengan susu mummy.. bila bagi susu lembu main-main isapnya.. selalu membazir tak habis. Tapi kalau bagi susu mummy dalam botol. laju je isapnya, tak pernah tak habes.. :) My seronok lah dia tak suka susu lembu tapi tu lah My kena usaha perbanyakkan susu badan. Sebab nak kena buat stok ebm, dalam pada masa sama kena jugak pump untuk dia minum hari-hari... haish~ Tak boleh jadi ni, kena ajar dia df balik. My nak dia tak tolak minum df dan bottle.. baru sebulan lebey dah pandai memilih grrr

Setelah lebih 40 hari di kampung halaman mak n abah... kami 2 beranak bakal pulang ke kota metropolitan pada hujung minggu ini. Daddy Dhia akan ambil kami weekend nanti.. :) Hurm, awal-awal dulu menanges2 kena tinggal enchek hasben, la ni bila nak balik kL My pulak terasa nak panjangkan lagi tempoh berpantang sebab kesian dekat mak. Yela, dah lama kat rumah mak Dhia pun dah serasi dengan nenek.. rasa sedih plak nak tinggalkan mak. For sure, mak mesti sedih n sunyi balik kat rumah ni nanti. Maklumlah anak-anak semua tinggal jauh... huuuu~ tak sampai hatinya nak tinggalkan mak... apakan daya, My ada tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang perlu diteruskan..;')

Lepas ni balik rumah banyak benda nak diuruskan. Nak mengemas rumah. Maklumlah dulu duduk berdua sekarang dah bertiga. Barang-barang anak je mak aih memang penuh lah kete ni. Nasib baiklah bonet kete tu giler luas itupun konfem muat-muat semua barang. Silap haribulan ada barang yang kena tinggal dulu kat rumah mak kang haha. 

Urusan babysitter tayah pening pale, dah tersedia ada sejak bersalin lagi tinggal nak submit form he haha. Akak belakang rumah je. Kebetulan enchek hasben duk usha-usha dengan brother tu (suami dia), wife dia pernah jaga anak orang dulu sekarang dah takde.. so dia akan jaga Dhia sorang je la nanti. Yela, baby kecik-kecik macam ni tak berani My nak hantar kat nursery.. dengan kes-kes yang macam-macam sekarang ni.. fuhhh memang tak berani. Biarlah BS ni fokus kat anak kita sorang je.. Bayaran? belum tau.. hurm... agak-agak berapa ek. 

last but not least... banyak benda lagi nak post ni! tapi nantilah. nak melayan anak yang takmo tido ni hehe. till then!

6 comments:

CikZaniff said...

alhamdulillah dh selamat berpantang..mesti gembira rsa kan..:)
done follow sini

Gadis said...

sama macam gadis hari tu...
mak nangis2 mase gadis nak balik rawang..

tido pun dengan bantal darwisy..

bila tpon dh tak tanyer kabo anak..
tanyer kabo cucu dulu baru anak..hihihi...

wahhh..bagusla dah ader baby sitter..
mak gadis ni pun tunggu kawan gadis bersalin bulan 2 ni..
lepas habis pantang mak Gadis akan jaga anak member plak..

jadi terluang la masa lapang mak..hihihi

Nadia Johari said...

cmelnyer..hehee..selmt dh berpantang..

With Julia said...

oh makan untuk berpantang?...bagi julia...wpun dah amal pantang 44 hari...sampai hari ke 44 pun berbengkung bagai tau...haaa itu hati dah kuat ckp nk pantang bebetul hehhe setengah orang 3 minggu dh x pakai bengkung dah...so julia sambung pantang makan selama 100 hari...x mkn ais, minum air masak je byk2...dan kurangkan portion mkn...bykkan mkn sayur dan unsur protein...so nk jaga badan punya pasal x nak jd boyakk kan...so kalo rajin mmg akan dpt hasilnya wpun lambat...tp puas hati taw...kawan opis puji memanjang smpai sekarang...apa resepi kurus sikit berbanding dulu kak julia oiiiiiii....haaaaaaaa tuh lah rahsianya...jgn mkn malam dan sekali sehari je mkn nasi...portion kecil ye. :) selamat mencuba :)

Liyana said...

alamk xde pantang pun.. belasah je ape patut.. hihi

Puan Ira said...

bedak tempek2 kat muka baby..tahniah abis pantang dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers