9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, January 26, 2013

Kembali ke Sarang

Fuhhhh... sejak dah balik rumah sendiri ni memang takde masa nak berbelog. Nak posting guna tab rasa tak puas je nak kena pakai lappy gak hihi. Ok sekarang si kecit sedang tido laju-laju on lappy and terus posting hehe...

My dah 6 hari balik rumah sendiri bersama suami dan anak setelah menghabiskan waktu berpantang di kampung. Bermakna, dah 6 hari jugalah My bersendirian menjaga Dhia di rumah sementara enchek hasben keluar bekerja. How was it??? fuhhh memang becinta sangat... -.-

On the day yang kami balik sini Allah je tau how i'm feeling.. meninggalkan emak tersayang. Emak as expected, menangis masa dok peluk cium Dhia. Yela, lebih sebulan kat kampung mak jaga mana lah dia tak sedih bila kami balik kan. Lepas ni mak mesti sunyi.. Dah takde bunyi tangisan cucu dia... My dapat rasakan perasaan emak!

Sampai je KL dapat sms mak tanya dah sampai ke. Sebelum ni kalau My balik KL tak pernah sms, mesti My yang sms dulu bgtau dah sampai. Tak cukup dengan tanya kat mana mak sms lagi tanya dhia camne... lewat petang tu pun mak tanya lagi dhia camne. Yela, mak dah masak sangat dengan ragam dhia risau dia agaknya. Menangis My dapat sms mak.. bertambah-tambah tangis My bila akak sms bgtau lepas My balik pagi tu akak bawa mak jalan-jalan gi bandar.. Lepas maghrib tu akak cakap mak tiba-tiba teresak-esak menangis.. mak kata.. tengah buat apa agaknya dhia.. Ya Allah, rindu sangat mak kat cucu dia ni hehe... sabar ye mak.. nanti CNY kami balik lagi.. :)


Al kisah nya pulak selama dah 6 hari duk rumah dengan si kecit ni.. Subhanallah.. punyalah gabra haha. Gabra bukan hape, selama ni sebulan lebih kot duk kg dengan mak. Tak risau sebab kalau dhia meragam dhia menangis mak ada.. mak je terror pujuk dhia beselah tangan orang tua kan.. kalau My pegang makin nyaring tangisnye...-.- 6 hari kat rumah ni... ada lah jugak sesekali dia meragam.. err sesekali hape berkali-kali gaklah... hilang sabar My dibuatnya uwwaaaa... My paling takut kalau dengar dhia menangis.. risau sebab tatao nak buat apa kalau sume benda dah buat (bg susu, tukar pampers, cube tidokan, sapu minyak kat poyot)... mulalah My sms enchek hasben mengadu itu ini.. macamlah dia boleh balik kannnn... hari-hari My sik tengok jam je.. doa-doa dhia tak meragam n cepatlah waktu berlalu supaya enchek hasben lekas-lekas pulang hehe...

Maternity leave My berbaki seminggu lagi. Fuhh.. terasa lama lah jugak. Dalam pada masa sama, rasa sedih plak nak tinggalkan anak bila naik kerja nanti.. :'(... Harap-harapnya baby sitter dhia boleh jaga dhia sebaiknya dan dhia pun tak banyak meragam kat rumah BS nanti. Amin.... Anyway, next week My dah start hantar Dhia ke rumah baby sitter. Bagi BS training dulu seminggu sementara My masih bercuti. Hopefully Dhia senang dijaga.. Anak mummy pls jangan buli BS okay.. :-*

Ikutkan next week gak ada company retreat dekat Port Dickson. Lady boss dah text-ed awal-awal tanya nak gi tak. Awalnya ingatkan kat KL n cuma satu malam je.. tiba-tiba dapat email tukar buat kat PD daa.. 3 hari 2 malam plak tu. Bleh bawa family but enchek hasben keje. So, tak dapatlah My pergi.. anak tak sampai 2 bulan tak sampai hati nak tinggal.. Lagipun Dhia dah fully breastfeed sekarang.. haru laa My nak tinggalkan stok... pastu nak buat pumping kat sana kang lagu mana plak kan.. Ikutkan memang nak pegi sangat. Yela, ofis buat event/program apa-apa mana penah lagi My miss... but this time.. terpaksalah tarik diri. Ikutkan tak boleh tak pegi senanya tapi luckily My masih dalam cuti bersalin so ada excuse lah.. Sorry ye boss.. Dhia kecit lagi nak tinggalkan. InsyaAllah next event dia dah besar sikit dah rasa lega untuk ditinggalkan it will be no problem for me.. :)

errr... Dhia dah bangun! till then!!!


4 comments:

Teratak Hami said...

Klu dhia nanges, sumbat je nenen tu

Munnafendy said...

comelnya my.badan tak naik pun? hehe..

6 hari yg penuh cabaran..pasni sbln..2bln..lama2 xsedar masa blalu, anak dh bsr..hehe

misz_adirull said...

salam..
sy jumpa blog my masa search 'tilam bayi'..
suka baca blog my.. moga2 beri inspirasi kat sy..mom to be ni..
good luck jaga Dhia ye..

mas saari said...

my pasti boleh.. lama2 expert lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers