9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, January 6, 2012

Bakal Pengantin Darah Manis?


Pertamanya My nak panjatkan kesyukuran pada Ilahi sebab kakak ipar My selamat menjalani operation tulang belakangnya semalam (slipped disk). Harapnya kak long cepat-cepat sembuh dan boleh balik masa hari bahagia My nanti… So moralnya untuk kita semua kalau ada masalah pada tulang cepat-cepatlah berjumpa doctor. Kalau terjatuh ke terpelecok ke jatuh terduduk ke… Jangan sangka tiada apa-apa kemudian hari kita tak tahu.. tup tup bangun pagi badan tak boleh bergerak, cek-cek rupanya tulang belakang bergalih. Silap haribulan boleh menjadi lumpuh jadi segeralah berjumpa doctor kalau ada perkara tidak diingini pernah berlaku. Macam kes kak long My ni dia kata pernah terjatuh sebelum ni tapi ingatkan takde apa-apa. Haih~

Today takde mood nak ke kerja.. urghhhh! Entahlah. Mungkin sebab dah nak dekat sangat dengan cuti so mood semua ke laut.. Celik je mata liat sangat nak bangun.. jam dah beberapa kali dibiarkan snooze. Oh My!!! Camne lah rezeki nak masuk pagi-pagi dah ke laut.. adeh~ Nak posting kat blog pun tatao nak post apa tazkirah macam biasa pun tak dikongsikan.. heeee~ sorry eh.

Anyway… pagi tadi kan masa bersiap untuk ke kerja mata kiri My berkedip-kedip… kenapa ek?? Yang merisaukan My bila dah masuk office pun dia berkedip lagi. N till now… My masih rasa berkedip sekejap sekejap.. adehhh dari pagi ni berkedip… kenapa ni korang? My ada google ada info cakap mata kiri berkedip ni nak menangis… ada info lain cakap ada berita buruk bakal datang… ya Allah… janganlah bukan-bukan kanAda jugak info cakap jangan percaya dengan semua di atas tu… Mata mungkin berkedip sebab stress.. jadi urat jadi tak betul sket. Entahlah.
google~
Cuma My harap, janganlah ada apa-apa yang nak terjadi.. lebih-lebih lagi dah nak dekat dengan majlis ni kan… Orang tua-tua kata, pasangan yang bakal berkahwin ni darah manis… so kena berjaga-jaga sket… erk.. darah manis???

Pagi tadi jugak housemate My cerita kawan dia eksiden. Kawan dia tu nak kawen sehari sebelum majlis My nanti la ni. Terkejut My dengar. Kereta member tu total loss Tapi nasib baik member tu takde pape cuma katanya kena tambah dagu… hurmmm nasib baik takde pape… risau plak My dengar… dahlah mata kiri berkedip-kedip ni... T__T

My doa dan berharap tiada lagi dugaan yang mendatang dalam hari-hari terakhir My nak bergelar isteri ni… Mintak dijauhkan dari diri My, enchek tunang dan keluarga dari apa-apa musibah…InsyaAllah… Kita hanya merancang segalanya Allah yang menentukan….

Bukanlah nak percaya ‘darah manis’ tu.… tapi, tahlah… korang percaya?? 0_o

4 comments:

mas saari said...

insyallah takde apa yang berlaku...my doakan yang terbaik je!

Anum said...

insyaallah
kita hanya mampu merancang yang selebihnya serahakan pada allah

laskar pelangi said...

dear,insyaAllah takde pape pun:)
saje jer tu mata gatal nak gedik2:)

heeee~:)

DoodleDesign said...

InsyaAllah, moga seme akan berjalan lancar- doa2lah slalu :)
Btw, jemputlah join GA andai sudi... http://doodledsgn.blogspot.com/2012/01/doodledesigns-giveaway3-challenge-of.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers