![]() |
| baby center~ |
Alhamdulillah… anak kesayangan mommy dah berusia 6
bulan dalam perut… J
Pergerakan baby semakin terasa walaupun belum agak agresif… masih rasa macam butterflies
berterbangan dalam perut hehe.
Sekarang ni kalau daddy dia bercakap2 dengan baby
pun dapat rasa dia bergerak… seakan memahami yang kita sedang bercakap dengan
dia… ahhh tak sabarnya nak tunggu baby melihat dunia…. Harap-harapnya baby
membesar dengan baik… n lahir dengan sempurna dan sihat… Amin….
Melalui babycenter, baby dalam kandungan My
sekarang dianggarkan seberat 600 gram dan 30cm panjang. Setiap kali baca update
perkembangan bayi mesti My akan refer ukuran cm di pembaris panjang yang ada
dalam simpanan ni hehe. wahhhh dah sepanjang pembaris panjang mommy laaa…. Dah besar
lebih kurang macam baby normal…. Seronoknya…. J
Anyway fyi, till today My belum tahu jantina
sebenar baby… Dah sebulan lebih tak scan kot… last scan memang tak berapa nak nampak
so tak boleh nak identify lagi jantina sebenar. Sekarang ni My sangat-sangat
lah nak scan baby ni… rindu sangat! Rasa sangat2 rindu tu sampai My tido pun
dengan baju baby tau… hasben geleng pale je…-..-
The problem is… My tak tahu nak scan kat mana.
Sebabnya, klinik yang biasa My pergi dekat2 dengan rumah ni doc perempuan
available siang je time bulan pose. Petang ke malam doc lelaki… ada satu
medical centre tu siap ada 4D lagi… tu pun satu hal.. doc perempuan yang handle
scan tu available pagi je. weekend nak pergi encek hasben plak keje sabtu..
Ahad biasanya klinik tak bukak ataupun memang tak buat scan on Sunday… so,
sangatlah mengecewakan…. Rasanya kebanyakan klinik lain semuanya lelaki… L
No, I will not go for a male doctor… Selagi boleh
berpegang dengan hukum di mana kita perlu mencari doctor perempuan selagi belum
darurat makanya My tak akan berurusan dengan doc lelaki lebih-lebih lagi
medical yang need to tunjuk my aurat to him.. InsyaAllah… So, pendek cerita
sampai sekarang My belum scan baby. Nak ke specialist, private2 hospital kat KL
nun malaslah plak. Bukan setakat jauh, nak redah jammed lagi.. nak2 dekat raya
ni kan… orang semua berpusu-pusu keluar shopping tak kira masa… haih~ hasben
kata tunggu lepas raya… sob sob sob…
This Thursday last check up before raya… gara2
check up haritu semuanya nampak bagus so sebulan kemudian baru nak check up
balik. Tah apa khabar gaknya kesihatan dahku… tak padan dengan diabetes makan
pun bukan nak jaga.. maklumlah bulan puasa kannnzzz…-..- Harap-harapnya
everything okaylah check up nanti. Amin….




1 comment:
Salam...
Selamat menjadi seorang ibu....:)
Post a Comment