Dukacita dimaklumkan My belum buat apa-apa
persiapan pun untuk berhari raya. Patutnya tahun pertama beraya sebagai isteri
eksaited ye dakkk… yelah ada orang beriya nak cari baju raya match color dengan
enchek somi terchenta.. shopping raya bagai nak rak… bla bla bla… tapi My?
Zero.
Bukan tak eksaited… memang in the midst of fikirkan
preparation raya. Kalau 3 tahun raya berturut-turut sebelum ni, My n enchek somi (yang dulunya
adalah boipren shaye! Hehe) akan plan satu hari tu ke Masjid India/Jalan TAR
untuk membeli belah dengan jayanya. Persiapkan duit secukupnya n pusing la KL
tu sampai lebam. Selagi tak jumpa lengkap baju raya, tudung raya, kasut raya
memang takkan balik. Kitorang ni bukan jenis yang suka sangat keluar
jalan-jalan kat tempat crowded macam tu, so bila ada waktu-waktu tertentu contoh
macam Hari Raya tu lah kitorang memang akan spend time betul-betul untuk
shopping sakan.
Cuma bezanya tahun ni adalah… My berbadan dua!
Sangat pening nak fikir nak pakai baju apa untuk Raya di samping memang sangat
happy sebab I am mommy to be! :D tapi tu laaaa…. Baju kurung dah confirm tak
muat. Koleksi baju kurung My kat rumah tu pun dah selamat berkubur dalam
wardrobe sementara tunggu tamat tempoh mengandung ni hehe. Kalau tak for sure
baju tahun lepas pun boleh buat baju raya tahun ni kan… dek kerana perut dah ke
depan dengan jayanya maka kena jugak cari baju raya! Nak tempah? Memang tak lah…
sebabnya, dah terlambat! Kehkeh.
So, yang terlintas kat kepala otak ni sekarang
adalah, JUBAH. Tapi, mana nak cari? My ada jugak survey-survey online. Tapi curious..
yelah… sesuai ke untuk preggy woman? Kang beli2 tiba-tiba sendat tang perut
haaa tak ke naya. Harga dahlah tak bape nak murah haha.
Tahun ni kena cari beberapa helai Jubah kot. The
reason is… selain dipakai untuk berhari raya.. kena prepare juga 2 helai lagi
untuk kenduri kawin sis-in-law. Sob sob… kenapala kau kawen time raya….-..- second
week of raya kat belah perempuan (enchek somi), the next weeknya kat rumah
pengantin lelaki plak di utara Malaysia, Kedah! Haruslah ada baju lain kan
since adik-beradik in-law pun dah plan nak pakai baju sama color. Ala, kalau
tak plan pakai color sama pun My still kena cari baju lebih.. yela, kata raya
sebulan gitew….takkan sebulan beraya pakai satu jenis je hahaha. wallah! Kalau
sepasang baju je dah $$$... 3 pasang??? 4? 5??? Uuwwwwwwaaaaaa… lum beli
barang-barang lain lagi…-..-
Selain jubah… ada tak baju lain yang sesuai My
pakai for Hari Raya? Dengan perut membuyung macam ni… hurm… kalau beli jubah pun konfem lah nanti kena alter bahagian bawah kaki tu... yela... i ni kan rendang yu olssss... kang pakai jubah meleret2 sapu lantai...-..- how bout mommies to
be out there? Baju raya korang baju apa tahun ni? huhu… kalau korang dah tempah
fine… tayah bgtau… jeles makkkk….. L
Hurm.. tengah cari masa nak ke jalan TAR/Masjid
India plak…










7 ,167 orang dah membebel. nak bebel jugak klik sini:
kurung pahang bleh pakai kot..
erm, kita menghadapi dilema yang sama... saya pun pikir nak cari jubah jer...jubah pic yang pertam tu ada juga saya dok ushar2.. tapi tula.. takut x lepas plak...hehe..
my sis-in-law pun kawin hari raya ke5 ni...
tahun ni Gadis still leh pakai baju kurung...tapi bju kurung pahang...
sbb dier besar tang perut...
still nmpk cute kot..eh,perasan plak kan...
hihihi
tingin nak beli jubah jgk selai, tapi xpeknen pun.blh wat pkai di pg raya nt
akak tempah kat sini
www.thestyloboutique.blogspot.com
baju dia cantik2 tapi memang labuh sikitlah, so kena alter jugak!
dh tempah 1 bj kurung yg dibesarkan..tp buat pkai g keje..jd bj raya dgn baju keje adalah sama.
Julia beli jubah jek...ikut tema si hubby dan bakal baby x lama lagi nak deliver...beli satu je jubah...ehhehe nak beli byk2 x kot sbb perut dh boyot sgt x larat nak jalan2 lebih2...baik duk umah mak mkn puas2...biar org jek dtg umah ekekkekke ;P
Post a Comment