9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, December 26, 2010

Counting Days

Salam bloggers!

huaaa sekarang ni kalau sehari tak berblogging rasa tak lengkap je hidup seharian (ceh poyos). I'm just back from my hometown! so kalau dah balik kampung ni memang internet, fesbuk, blog segala aku terpaksa tolak tepi. Bukan hape, malas nak bawa balik lappy. Kat rumah sana pun bukan ada line internet, ada pun adik aku punya lappy. hehe. Lagipun, malas pulak nak beronline kalau dah balik kg halaman ni. yela, lebih-lebih lagi kalau cuti cuma weekend ada masa la pulak nak bersosial kan. Waktu ni adalah untuk mak dan abah yang terchenta oke..eceh..;P tunggulah nanti aku dah kaya sikit boleh beli gadjet mahal sikit. masa tu internet semua di tapak tangan je..tak payah pakai laptop besau2..;P (owh entah tahun bile.....T_T)

Aku pulang ke segamat Johor pagi Jumaat kelmarin.. Sadly, aku terpaksa balik naik bas. hampeh. dalam-dalam kefobiaan itu aku terpaksa gagahi jugak. isk. nasib baik ke segamat je tak jauh sangat (3/4 jam la jugakk). Ni angkara kereta punya pasal la ni. boleh plak breakdown n tak boleh siap hari tu jugak. isk. Haih nasib badan. Haritu aku selamat sampai waktu tengahari. Dah patah kaki tade kereta, kereta kakak jadi mangsa hehe. Apalagi ambil kesempatan ke bandar Segamat dengan si cilik Yana atas urusan yang perlu diselesaikan. Selesai urusan aku pancing Yana dengan Mekdi.. Aku pun bantai sekali makan..hehe..;P

Lepas pekena Mekdi aku jalan-jalan jap ke Billion. Niat hati nak belikan hadiah untuk pengantin seorang kawan (majlis dah lepas tapi tak dapat datang hehe), tapi tade yang berkenan pulak. Kuar dari Billion ke kedai HP belikan Battery HP yang akak pesan. Masa nak pergi parking kereta, alamak!!! nampak ada pegawai MDSU (Majlis Daerah Segamat Utara) duk melilau2 kat kereta aku (akak aku punya lah). Aiseyman.. kena saman sudah... Lupa la harini hari Jumaat! Sepatutnya aku kena pamerkan kupon parking kat atas dashboard tuh. Omg!! konfem kena RM30 tu (sebab dah pernah kena masa duk shah alam haha).. Dengan selamba aku buat-buat tak tahu then cross jalan menuju ke maybank. Dari tade niat nak withdraw duit langsung aku terus ke bank withdraw duit. Dengan harapan moga-moga pegawai yang duk saman tadi dah blah dari kereta tu (mampuih kalau kena soal macam-macam nanti hish).

On the way nak ke kereta, aku terserempak dengan seorang pakcik tua.. 

Pakcik: 'dik dik.. boleh tak tolong pakcik dik.. motor pakcik rosak.. pakcik baru balik tengok sedara sakit tiba-tiba motor rosak dekat Labis.. pakcik dah tade duit nak balik ke Melaka. kalau boleh adik bagi pakcik sepluh ringgit pun jadilah. Kalau nak bagi lebih tu ikut adiklah macam mana'

...Aku yang termangu-mangu menjawab, 

Aku: 'Pakcik ni betol ke ni? Macam mana saya nak tahu pakcik ni orang baik ke jahat?' 

Pakcik: 'Betol dik, ni ha kunci motor pakcik ni. Pakcik nak balik Alor Gajah. Kerana Allah dik takkan lah pakcik nak menipu. Kita kan sama Melayu..' 

Aku: 'Hurm, orang melayu skrg pun bukan boleh percaya sangat pakcik. Ramai je yang jahat..haih..'...

Pakcik: 'betol dik, pakcik nak balik Alor Gajah ni. Pakcik tumpang van tadi datang sini'

Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan masa tu. Tapi dalam hati aku terfikir, aku tanak kena tipu hidup-hidup dengan orang tua tu, Sekarang ni orang macam-macam ragam kan. Aku pun jawab,
Aku : 'Hurm, pakcik ikut sayalah. Saya hantar pakcik pergi Bustand

pakcik : Eh takpe ke ni orang tak kate ape ke nanti

Aku : 'Takpe'... (Isk betol ke apa yang aku buat ni?)

Masa aku nak pegi ke kereta, belum sempat masuk kereta.. aku didatangi oleh seseorang. erk~ ada lagi ke mamat nih. rupa nye orang MDSU yang duk saman kereta aku tadi. hampeh ko tunggu aku ye.. Tapi nasib baik.. dia kata dia nak batalkan saman tu tapi aku kena beli kupon parking tu dari dia RM6.. (haih pulak.. ni masuk poket dia ke poket MDSU nih).. ahh.. peduliklah yang penting tak kena saman. aku pun bagilah dia duit...mekacih la cik abang oi..;P patutlah duk melilau cari tuan kete tadi..;P (Kalaulah aku pergi je kat kereta tadi tadelah aku jumpa pakcik tua tu kan)

Lepas tu tanpa rasa takut dan seram, aku bawa orang tua tua naik kereta dan menuju ke bustand Segamat. Borak-borak.. sampai la kat Bustand. Aku bawa pakcik tu ke kaunter tiket kat tingkat atas. err nampaknya semua kaunter dah kehabisan tiket ke Melaka. nampak gayanya aku kena bagi cash la kat pakcik nih. aku tanya kat kaunter tu berapa harga tiker ke Melaka. RM10 dia kata. Tengah nak seluk beg amik purse tiba-tiba tak jumpe. Erk~ tertinggal dalam kereta la. 

Aku :'Pakcik tunggu sini kejap ye beg duit saya tertinggal dalam kereta'

Pakcik: okay2.

Masa aku nak turun ke kereta, aku terhenti kejap bila sorang pakcik ni bagitahu nak balik melaka pukul berapa? (pakcik ni tadi tolong tanyakan aku tiket kat kaunter2).. Aku cakap lah kat dia.. tiket tu bukan untuk aku tapi aku nak belikan untuk pakcik tu.. (aku tunjuklah pakcik yang aku jmpa tu)... pakcik kaunter tu geleng-geleng kepala...'Lorh.. aku ingatkan ko yang nak balik Melaka..' aku pun cerita lah macam mana aku jumpa orang tua tu. Aku ni niat hati nak tolong. Dah nama pun orang tua kan takkan aku nak tinggalkan dia macam tu je. Nak bagi duit aku takut kena tipu. Tu yang aku bawa dia pergi bustand biar aku sendiri yang belikan tiket. u ols know? pakcik kaunter tu kata orang tua tu memang slalu mintak duit kat orang kat bandar. Dah ramai orang kena. cuma dia dah lama tak nampak orang tua tu. (uish betol ke?)

Hurm, sudahnya aku kena sekolah dengan pakcik kaunter tu + kawan dia... Sampai berair la mata aku duk cerita ngn diorang apa aku patut buat. Nak tinggalkan kesian. aku plak tak pasti mana yang betol. haih. Sudahnya, atas nasihat.. aku balik je tanpa beri sesen pun kepada pakcik tu. sebelum aku blah dari situ pun aku dah tak nampak kelibat pakcik tu. Tah mana dia pergi. haih.. Aku pun berlalu pergi ke kereta... dan gerak balik...
Sepanjang-panjang perjalanan balik tu aku dok teringat pakcik tu. Jahat ke dia? baik ke dia? Huh.. rasa bersalah plak aku rasa.. entahlah... hanya Allah yang tahu niat sebenar pakcik itu...Andai kata benar apa yang dikata olehnya, bersalahnya aku rasa...Maaf pakcik... Andai kata pakcik itu memang kerjanya suka menipu dan meminta orang duit.. makanya, tindakan aku itu betul. So, u ols amiklah pengajaran di sini.. Jangan suka-suka hati bawa orang yang u ols tak kenal naik kereta.. macam haku! Tu nasib baik aku tak diapa-apakan. kalau tidak? mawu esoknya masuk paper muka depan naya je.. hehe.. hish selisih malaikat 44. Kalau u ols rasa kesian hulur je singgit dua.. tayah nak ikut sangat kalau dia demand sampai seploh doploh hinggit (dia mintak banyak.. aku nak bagi sikit rasa serba salah tu yang bawa pergi kaunter terus)..Allah je tahu niat u ols nak bantu, selebihnya kalau orang tu tipu itu antara dia dengan Allah...oke? Tak pun, kalau ada orang asing tahan korang macam aku tu, korang buat tak tahu je, geleng kepala kat dia. so korang tadelah rasa kena tipu.. atau rasa serba salah macam aku nih..isk...

oklah.. renung-renungkan dan selamat beramal...

*Banyak perkara perlu diselesaikan.. dis week keje 4 hari lagi huhu (sebab new year jatuh hari sabtu)... dan beberapa hari saja lagi....... moga segalanya dipermudahkan...Aminnn...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers