9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, December 16, 2010

Hari Asyura

Assalamualaikum w.b.t semua...^_^
(Terasa pelik~... owh... jarang-jarang sekali aku ungkapkan salam ketika berblog... insaf*.. perlukan pembaharuan selepas ini...T_T)

Ya Allah...! Harini 10 Muharam la!! Macam mana boleh tak perasan nih.. *terasa sangat-sangat kesal.. 10 Muharam kan Hari Asyura!! Di sunatkan berpuasa+amalan-amalan sunat segala. Dush Dush! *Menyalahkan diri sendiri yang alpa dan leka.. ruginya... hurm.... 

Aku sedar pun bila tengok MHI pagi tadi sebelum ke kerja. Bila wartawan Nurul Syuhada menyebut mengenainya... omg!! Hari Asyura? Macam mana boleh tak ingat ni? Kan bagus kalau puasa? *dah bedal karipap+telur separuh masak..T_T.. Kerugian sudah... takpelah... takde rezeki....

Ok then, sebelum start buat kerja nak view sket keistimewaan Hari Asyura@10 Muharam. ^_^

: Puasa hari ‘Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun : Tahun yang lalu dan yang akan datang. Sedang puasa hari ‘Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lalu.” (Hadith riwayat al-Jama’ah, kecuali al-Bukhari dan al-Tirmizi – al-Muntaqa bersama Nail al-Author, 4/323) 

Untuk pengetahuan semua (Kalau dah tahu kita refresh balik oke..), tanggal 10 Muharram dinamakan juga Hari Asyura kerana pada hari itu terjadi banyak peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam. Jom kita lihat apakah peristiwa-peristiwa tersebut..

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura :

~ Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi. ~ Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala.
~ Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat. 
~ Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan. 
~ Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam. 
~ Allah menjadikan Siti Hawa. 
~ Allah menjadikan Syurga. 
~ Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga. 
~ Taubat Nabi Adam diterima Allah. 
~ Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan. 
~ Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Zamrud. 
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
~ Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah. 
~ Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam. 
~ Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun. 
~ Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut. 
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar. 



Berikut pula merupakan amalan-amalan sunat yang kita boleh lakukan di Hari Asyura:

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura :

~ Berpuasa - Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
~ Mandi dan membersihkan diri - Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati. 

~ Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga - Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan. 

~ Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga. 

~ Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim. 

~ Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya - Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar. 
~ Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit. 
~ Bersedekah - Pahalanya seperti bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup. 
~ Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali - Doanya dimakbulkan Allah. 
~ Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat. 
~ Sunat menginai dan mengerat kuku. 
~ Menjamu dan memberi minum kepada orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya. 
~ Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian. 
~ Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya. 
~ Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

Owh ada lagi...^_^

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang  ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap  rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripa! da neraka sekadar jauh
seekor  gagak terbang tak berhenti-henti dari  kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua  fakir  miskin di dunia
ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat :
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun! itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan
memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama  50  tahun melakukannya.  lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang
sunat hari Asyura empat rakaat kerana  Allah Taala"  Pada rakaat
pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas  kali.

12. Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal w! akil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun in

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa  Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah  Taala"  fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji,
seribu kali umrah dan seribu  kali syahid dan diharamkannya daripada
neraka.  Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang
lain-Lain


Hurm.. banyaknya pahala yang kita boleh tambah dengan amalan-amalan yang kita boleh buat sempena Hari Asyura ni kan? cuma, antara mahu atau tidak je.. So, di mana antara di atas yang mampu u ols lakukan? jom muhasabah diri...T_T...

*Moga dipanjangkan usia.. dapat dipertemukan dengan 10 Muharam seterusnya.. InsyaAllah...

Thats all.. jom kerja! ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers