9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, December 14, 2010

Atkins Pros and Cons


Eh hai.. Atkins? owh ya.. Masih dalam mode 'atkins research' hehe.. Hari tu niat di hati nak start atkins yesterday.. tapi maaflah dah terlanjur pula haha. Sampai dari Perlis malam ahad tu pukul 12am (dah masuk hari isnin pun).. pung pang pung pang tunggu orang ambil dari Duta sampai rumah jam 2pagi.. Paginya dah kena bangun seawal 6 pagi untuk bekerja. Huish..letih… Sudahnya, postpone lah dulu niat nk beratkins tu. owh don't worry tak berniat pun nak atkins today hihi.. sebab busy dengan kerja-kerja di office. Plus, takde masa nak pergi shopping beli barang makanan segala. Lagipun, menu atkins ni yang I tengok mostly kena buat sendiri, untuk mengelakkan pengambilan gula atau garam yang berlebihan, so on so forth. Yela, kalau we ols makan kat luar for sure masakan kat luar tu kandungannya dah tak sesuci yang kita nak kan kan.

So, daripada I start from now on but belum ada kesedaran dan keyakinan diri nak tahan nafsu melantak tu, it’s better for me to muhasabah diri dulu hihi… dan dalam pada I nak memotivatekan diri I ke arah obesiti sifar ni, I masih dalam mode mencari info-info berkaitan Atkins. Tak kiralah daripada segi yang baiknya (pros) ataupun yang buruknya (cons). Bukan apa, adalah lebih baik I explore dulu tentang atkins ni supaya I tidak menyesal dan menyalahkan adik dzul kerana tidak menjadi kurus malah menjadi sakit di kemudian hari hihi. (eceh padahal cari alasan sebab tak jadi atkins awal-awal haha).

So, hasil carian dengan bantuan incik google (macih..*_^)… I got this info..


Pros :
  • U ols tidak perlu menyekat makanan kesukaan anda seperti daging, ayam, krim, keju dan lain-lain makanan yang tinggi lemak.
  • U ols boleh makan sebanyak mana makanan yang anda suka (yang dibenarkan), anda tidak akan lapar.
  • Banyak makanan kesukaan anda yang dibenarkan, there is greater variety on the Atkins diet than on low calory diets, so risiko untuk anda menipu diri sendiri atau kantoi adalah lebih kecil..^_^..
  • Penurunan berat badan yang cepat.
  • Beberapa kajian mengatakan for those yang merupakan pesakit diabetes tahap 2 mempunyai fungsi insulin yang lebih baik dan dapat mengawal kandungan gula dan darah dengan lebih baik sekiranya mengamalkan diet rendah karbohidrat ini.
  • Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan yang u ols ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting iaitu karbohirat,protein dan lemak. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti u ols juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan. 
Cons:
  • Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan u ols mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung.
  • Tidak mustahil untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak.. erk~ yeke…..
  • Nasi mengandungi kabohidrat yang tinggi, dan nasi merupakan makanan utama/ ruji bagi rakyat malaysia iaitu KITA. Jadi , bolehkah u ols tinggalkan nasi untuk satu tempoh yang lama? Hari-hari jumpa nasi.. boleh gi ke? Hihi… *ko pun sama la my! Erk~
Okay, tu di antara pros and cons yang I jumpa. Mungkin ada banyak lagi. U ols tahu? Bleh la share sama.
 
Nak mulakan atkins.. tapi entah bila..nak kurus.. nak kurus..! I tengok cermin pun dah jelik.. sebab dapat rasa semakin hari rasa diri ini makin mengembang.. T_T…


**ahhh tak tahan tengok makanan sedap-sedap!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers