9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, December 2, 2010

Membongkar Misteri Dajjal

If u ols noticed, lately ni buku-buku mengenai Dajjal telah banyak diterbitkan. Antara yang terhangat adalah ‘Dajjal Akan Muncul di Segitiga Bermuda’, ‘Membongkar Misteri Dajjal’, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’, dan banyak lagi. Karya-karya ini telah membahaskan banyak perihal-perihal mengenai Dajjal. Ada di antara buku-buku tersebut aku dapati telah lama dihasilkan tapi.. entah kenapa baru sekarang ianya hangat di pasaran. Mungkinkah kerana ianya sekarang adalah Akhir Zaman dan sememangnya kita patut terdedah kepada isu-isu tersebut? Atau mungkinkah aku yang ketinggalan kerana tidak mendapatkannya sejak dari awal? Ya… mungkin.. T_T.. Walaupun sejak azali lagi kita memang ketahui bahawa Dajjal akan muncul suatu hari nanti.. tapi bila?  Di mana? Hanya Allah yang maha mengetahui.. Wallahu’alam..

Di dalam senarai karya-karya berkenaan, aku tidak ketinggalan untuk membaca hasil karya Muhammad Nurani Maarif bertajuk “Membongkar Misteri Dajjal”. Berminat tengok kakak serumah membacanya then aku pinjam untuk membacanya sendiri. Agak lama juga nak habis baca (dari bulan puasa hehe). Faham-faham je lah kalau aku baca buku kan…;P Anyway.. buku tu sangat menarik. Penulis banyak mengupas kisah-kisah kehidupan Dajjal… Banyak bukti-bukti dan fakta-fakta yang dinyatakan adalah bertepatan dengan Dajjal. Hurm…

‘Membongkar Misteri Dajjal’ adalah sebuah lagi karya menarik yang membicarakan mengenai Dajjal. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Dawud dan membongkar misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawapan, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Bersama puluhan rujukan-rujukan dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah ilusi buatan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.


Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.



Demikianlah synopsis ‘Membongkar Misteri Dajjal’… Percayalah bahawa Dajjal itu pasti akan muncul… Terasa Insaf bila membaca buku ini.. teringat perihal diri yang tidak sempurna. Teringat perihal diri yang belum tinggi tahap keimanan. Teringat perihal diri hamba yang hina di sisi Allah… Mampukah diri ini melawan fitnah Dajjal kelak? Nau’zubillah…… Moga Allah kuatkan iman kita.. jauhkan kita daripada kemungkaran… Sesungguhnya Islam itu agama yang benar… kalau anda bernama Islam… jadilah Islam jangan hanya pada nama….beringatlah…

Wallahua’lam…..


1 comment:

Nurfahanim Ana said...

saya pun ada buku ni,memg insaf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers