Pagi tadi bukak fesbuk dapat message daripada along (abang My yang sulung) beritahu harini kak long buat last teraphy.. kalau tak ada perubahan kena buat operation.. kalau tak ada perubahan jugak.. kak long mungkin akan lumpuh.... seumur hidup.... T__T
MasyaAllah… dugaan apakah ini.. di saat My sedang menghitung hari-hari terakhir sebelum bergelar isteri (janggal plak sebut isteri..-.-), dapat plak berita yang tak menggembirakan ni… haih~
2 hari lepas kak long tiba-tiba tak boleh bangun. Bawa ke hospital kena tahan wad, doctor sahkan tulang belakang kak long bergalih. Doktor kata nak buat terapi dulu cuba betulkan kedudukan tulang tu… If not kena buat operation… Sekarang ni buang air besar air kecik pun kat atas tilam. Alahai kesiannya…
My tak tahu nak buat apa.. mampu doa je lah dari jauh... sedih dapat tau… dah berair air mata memikirkan kak long.. entah dapat ke tak dia datang masa majlis My nanti.. T__T
Ya Allah tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesengsaraan ini dan sembuhkanlah ia. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tidak ada kesembuhan melainkan hanya dari-Mu yaitu kesembuhan yang tidak mennggalkan penyakit lagi... Amin...




6 comments:
insyaallah anum doakan ya
moga kak long my cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...amin!
semoga kak long sihat dan sembuh... nanti boleh datang ke majlis my. okey..
memang dugaan yang sgt berat
doakan ur sis cpt smbuh k
sabar jela, doa banyak banyak.
Kak My, sabar ye. InsyaAllah, semuanya akan selamat. InsyaAllah, AMIN.
Post a Comment