Kawan-Kawan Saya! ^_^

Petua Hilangkan Loya Ketika Hamil


Good Day readers! Lunch apa tu? J

2/3 hari ni hujan je kan… Kalau tak waktu petang balik keje mesti pagi akan hujan… Nah harini hujan lebat di pagi hari di kala nak pergi kerja. Sudah sedia maklum den lebih selesa naik motor dari naik kereta dan komuter. Heee~awal-awal haritu je naik komuter tapi sebab masa dan malas punya pasal ku teruskan perjuangan naik motor bersama enchek somi… J Dek kerana hujan lebat pagi tadi enchek somi suruh naik komuter dari Serendah. Tak pernah pun naik dari Serendah sebab komuter dari Serendah akan stop di Rawang lepas tu kena tukar train plak. Tu yang leceh. Enchek hasben ni plak tak percaya, dia kata ada train straight ke KL. My pun pergi tanya kaunter memang sah-sahlah takde. Jam dah hampir 7.30 am pagi tu. Kalau My naik dari Serendah lepas tu tukar plak kat Rawang entah kul berapa konfem sampai ofis lambat… Kalau masuk lepas 8.30 am ni rasa tak sedap plak.

Last-last naik motor jugak… nasib baik hujan dah reda sket masa pertengahan jalan…. Inilah risiko kalau rumah jauh. Enchek somi pun dah mula sedar. Sebab dia notice My kalau balik kerja mesti keletihan… Malam pukul 10 atau 11 dah masuk tidur. Haih~ letih sebab travel jauh hari-hari kot kata dia… entahlah… My okay je. Alah bias tegal biasa kannnzzz….. Tapi memang letih. Enchek hasben tanya… baru 2 bulan dah macam ni… boleh ke bertahan sampai 9 bulan… ? InsyaAllah….. moga Allah melindungi para isteri yang hamil macam kita ni…. J

Alhamdulillah,lepas MC haritu belum lagi ada MC sampai harini. Kesihatan kadang-kadang tak mengizinkan tapi My masih kuat dan boleh bekerja. Mual dan muntah? Masih ada… Tapi seboleh-bolehnya My elakkan daripada muntah selagi boleh. So, macam-macam cara dah My buat… asal ada petua baru konfem My cuba…. J Korang macam mana? Cubalah!

·         Makan madu

My pernah terbaca makan madu boleh buat hilang loya… So, My mintak enchek somi carikan madu. Selain bertujuan untuk hilangkan batuk, My nak cuba hilangkan rasa loya tu. So, ada jugak try makan madu… Tapi macam tak nampak je hasilnya… Untuk batuk mungkin okay sikit jika campurkan dengan sedikit limau lemon. Loya? Macam takde perubahan je makan madu… mungkin tak kena dengan tekak My kot…

Yang tak boleh blah, masa sms enchek suami suh carikan madu dia boleh reply macam mana tau. “aik. Baru kawen dah mintak MADU?”. Cis cis cis!!!

·         Makan Asam

Haaa yang ni memang My gunapakai masa awal-awal lagi. Siap-siap stock asam kulit limau tu dalam beg. Setiap kali rasa loya cubit sikit buat rasa kat lidah. Tapi.. time tu je lah kurang rasa loya nya punnnnn…. -.-‘

Orang kata makan asam tak elok untuk baby. Boleh beri kesan pada otak dia… nanti baby tak pandai kot. Ye ke korang?

·         Makan mangga


On the way nak balik rumah My ada beberapa stall buah-buahan. Selalu singgah situ beli mangga. Tapi kena pandai pilih… Kalau mangga jenis yang terlalu manis tak sedap diterima tekak… Yang jenis masam-masam manis lemak-lemak tu sedap! Selalu kalau potong berebut makan dengan enchek somi macam dia plak yang preggy…-.-‘

·         Makan Kurma

Yang ni ada juga My terbaca... Amalkan makan kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari... Heee~ My dah beli dah stock kurma tapi telan tak sampai 7 biji lagi sehari hehehehehe~

·         Makan biskut

Pasal petua makan biskut untuk hilangkan rasa loya ni banyak jugak yang cakap. Pernah terbaca dan kawan-kawan blogger pun ada bagi suggestion makan biskut. Especially biskut Jacobs cream crackers yang original tu. Nak tau betul atau tidak My pun beli haritu.

Sedikit sebanyak, it helps! Petuanya, kalau pagi-pagi masa baru bangun tidur tu… makan 1/2 keping biskut ni dulu sebelum mandi. Sebab orang kata biskut ni serap asid dalam perut macam tu lah lebih kurang so dia akan menghilangkan rasa loya nak muntah tu. Semalam My cuba, betul! My tak muntah pun pagi semalam…. My bawa bekal pegi opis. Setiap kali rasa loya My telan…. Membantu jugak. Cuma, petang tu tekak dah tak boleh nak terima biskut gaknya. Telan-telan pun tetap rasa nak muntah… Balik kerja malam semalam muntah jugak tapi tak banyaklah macam selalu tu.

·         Jangan terlalu fikir rasa nak muntah

Ada orang kata, jangan fikir sangat…. Tapi memang selalunya My tak fikir pun… buat tatao je kalau rasa nak muntah. Tapi…. Bila tak fikir tu tetap akan rasa tak selesa kat dada… Selagi dia tak keluar selagi tu lah rasa tak selesa…. Bila muntah baru dia lega…. Walaupun agak seksa….-.-

·         Minum 100 Plus

Ada juga yang cakap minum 100 plus boleh membantu. Doktor ada juga sarankan pada seorang kawan. Tapi kena buang dulu gasnya. Buka penutup… biarkan dalam peti ais semalaman…. Lepas tu dah boleh diminum… J

Semalam suh enchek hasben beli… pastu dah bukak penutup simpan dalam peti ais…. Tapi! Lupa nak minum n tutup bekas penutup tu pagi ni… -..-’

Ada banyak lagi kot petua… Antaranya hidu bau buah lemon… makan vitamin tambahan… makan yogurt dan macam-macam lagi kot… tapi My belum cuba…. Sekarang ni nak keep on makan biskut tu je dulu… J Harap-harapnya blehlah kurangkan rasa loya ni… Bukan apa, tak tahanlah kalau sampai tahap muntah banyak tu… Sampai nak terkeluar isi perut… L

Orang kata alahan, mual, muntah ni akan berlarutan sehingga 12-15  minggu…. Betul ke? Ikut orang la.  Malah ada yang lebih teruk sampai bersalin pun masih ada rasa loya n muntah ni… alahai… janganlah My macam tu nanti…. L

Minggu depan dah 8 minggu…. My plan nak pergi Klinik Kesihatan nak register antenatal check up (buka buku merah). Yela sepanjang hamil ni tak pernah pergi mana-mana klinik lagi kecuali masa demam haritu… So, tak nak take risk… My nak register next week. Wallahua’lam lah mana lagi better klinik kerajaan atau swasta…. Bagi My sama je cuma bezanya…. MASA dan KOS. Takpe, apa-apa pun My register je kat KK ni dulu… Anytime kalau perlu My akan ke swasta juga untuk pemeriksaaan… Gilir-gilir lah… hehe…. lagipun festime mengandung… kena pergi alami sendiri baru tau kan….


23 ,167 orang dah membebel. nak bebel jugak klik sini:

Anum said...

GOOD ENTRY FOR RUJUKAN

mas saari said...

pasal makan asam tu akak tak pasti betul ke tak tapi jangan makan banyak sangat dahlah...

akak, semua anak check kat klinik kerajaan... tak pernah pi swasta pun! tak mampu...huhuhuuu

Sunah Sakura said...

ermmm..asalkan bukan makan pil muntah yang buat saya alah sampai sesak nafas dulu tu dah lah... =.=

permata biru said...

alhamdulillah..time pregnant sy dlu xda alahan..cuma mual2 sikit masa bulan puasa ja sbb xtahan perut masuk angin..hihi
apa2 pun..pengalaman first baby mmg best!

With Julia said...

hi dear...wah baru lagi tuh 7 minggu...kena jga elok2 ye 1st trimester neh...With Julia dan 20 weeks so dah masuk lebih 2nd trimester...so rasa sgt2 selesan this trimester...so bgus entry berkenaan pemakanan utk mum to be...keep in touch ya...do follow me so :D

Gadis said...

Gadis dah 4 bulan lebih still ader jugak muntah2 nyer..

mmg kdg2 x pikir pun tapi mmg rase x thn kalau dh sampai ke tekak..
mmg nak keluar je rasenyer..huhuhu..

semua yang My ckp Gadis dh try tapi baby x nak kot..
Gadis muntah balik..huhuh..
Gadis mkn apa yang baby nak je..
kalau x muntah tu maknenyer baby suke la tu..hihihi...

My tggl kat mane?
Gadis tggl kat serendah jugak..
kat Antara Gapi...hihihi

CikPuan Fara said...

my, dulu akak selalu bawak air ribena g mana2. utk ilangkan rs loya n payau kat mulut. maybe my boleh try yer.

suha said...

cik suha xleh pregnant sbb xde suami hikhik

ckokjue said...

br ptg td sruh suami crikan madu sbb skang da strt loye2. 6 weeks already.

Sblm kol td terfkir gk yg jgn la laki aku ni slh fhm MADU yg dimksudkn..hehe

nsb baik die x reply yg bukan2..he

anywy..gud info n slm knl k..

aizat rahman said...

bukan perempuan je yang cari tips menghilangkan loya ni. sebabkan isteri saya baru masuk minggu ke 8 saya kesian tengok dia muntah-muntah, jadi terima kasih untuk tips yang diberikan ini!

Hafiz Abidin said...

My..thanks for the tips.

Hafiz Abidin said...

Thanks my...nice blog...br lps subuh. I baca for my wife sbb dier asyik loya je lately ni. Will try the petua :)

mynameismy said...

@aizat rahman

Welcome...:)

mynameismy said...

@Hafiz Abidin

Welcome..:) saya dah hilang loya setelah masuk 5 bulan...:)

dalila said...

Tgh loya teruk ni.tq for the info.sgt membantu...

ariff fadillah mohd zaman said...

erm.thanks for this info.baby saya ni mintak banyak sgt2 makanannye.tp lepas tu kuar balik.bila malam je badan wife i panas gila.boleh masak telur dadar.muntah toksah cakap.kadang2 dia ade complaint pedih perut.adakah situasi itu normal?

ariff fadillah mohd zaman said...

erm.thanks for this info.baby saya ni mintak banyak sgt2 makanannye.tp lepas tu kuar balik.bila malam je badan wife i panas gila.boleh masak telur dadar.muntah toksah cakap.kadang2 dia ade complaint pedih perut.adakah situasi itu normal?

azlin said...

Tips yg berguna. Btw, biskut tu mmg menjadi

Gyra said...

thanx my..byk info yg saya dapat. saya mmg mkn madu.time preggy ni ingat lupe je mkn. tp alhamdulillah xmuntah. tapi weekend je msti saya muntah truk. maybe sbb lupa mkn madu. xtau pulak madu tu salah satu cara utk loya. tips yg lain tu nak cube jgk nt. thx ye

Lovely Lisz said...

Thanks a lot ;)

Lovely Lisz said...

Thanks a lot ;)

Anonymous said...

Tip yg sgt berguna. Nak try biskut tuela

Kenari Putih said...

Hai mas seronok baca pengalaman mai. Yg xtahan tu bab encik somi boleh pikir ttg "madu" haha.. nak kena bantai la tu.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Little Princess

Lilypie First Birthday tickers

Klik2

 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute