Good Day readers! Lunch apa tu? J
2/3 hari ni hujan je kan… Kalau tak waktu petang
balik keje mesti pagi akan hujan… Nah harini hujan lebat di pagi hari di kala
nak pergi kerja. Sudah sedia maklum den lebih selesa naik motor dari naik
kereta dan komuter. Heee~awal-awal haritu je naik komuter tapi sebab masa dan
malas punya pasal ku teruskan perjuangan naik motor bersama enchek somi… J Dek kerana hujan lebat
pagi tadi enchek somi suruh naik komuter dari Serendah. Tak pernah pun naik
dari Serendah sebab komuter dari Serendah akan stop di Rawang lepas tu kena
tukar train plak. Tu yang leceh. Enchek hasben ni plak tak percaya, dia kata
ada train straight ke KL. My pun pergi tanya kaunter memang sah-sahlah takde.
Jam dah hampir 7.30 am pagi tu. Kalau My naik dari Serendah lepas tu tukar plak
kat Rawang entah kul berapa konfem sampai ofis lambat… Kalau masuk lepas 8.30
am ni rasa tak sedap plak.
Last-last naik motor jugak… nasib baik hujan dah
reda sket masa pertengahan jalan…. Inilah risiko kalau rumah jauh. Enchek somi
pun dah mula sedar. Sebab dia notice My kalau balik kerja mesti keletihan…
Malam pukul 10 atau 11 dah masuk tidur. Haih~ letih sebab travel jauh hari-hari
kot kata dia… entahlah… My okay je. Alah bias tegal biasa kannnzzz….. Tapi
memang letih. Enchek hasben tanya… baru 2 bulan dah macam ni… boleh ke bertahan
sampai 9 bulan… ? InsyaAllah….. moga Allah melindungi para isteri yang hamil
macam kita ni…. J
Alhamdulillah,lepas MC haritu belum lagi ada MC
sampai harini. Kesihatan kadang-kadang tak mengizinkan tapi My masih kuat dan
boleh bekerja. Mual dan muntah? Masih ada… Tapi seboleh-bolehnya My elakkan
daripada muntah selagi boleh. So, macam-macam cara dah My buat… asal ada petua
baru konfem My cuba…. J
Korang macam mana? Cubalah!
· Makan madu
My pernah
terbaca makan madu boleh buat hilang loya… So, My mintak enchek somi carikan
madu. Selain bertujuan untuk hilangkan batuk, My nak cuba hilangkan rasa loya
tu. So, ada jugak try makan madu… Tapi macam tak nampak je hasilnya… Untuk
batuk mungkin okay sikit jika campurkan dengan sedikit limau lemon. Loya? Macam
takde perubahan je makan madu… mungkin tak kena dengan tekak My kot…
Yang tak
boleh blah, masa sms enchek suami suh carikan madu dia boleh reply macam mana
tau. “aik. Baru kawen dah mintak MADU?”. Cis cis cis!!!
· Makan Asam
Haaa yang ni
memang My gunapakai masa awal-awal lagi. Siap-siap stock asam kulit limau tu
dalam beg. Setiap kali rasa loya cubit sikit buat rasa kat lidah. Tapi.. time
tu je lah kurang rasa loya nya punnnnn…. -.-‘
Orang kata
makan asam tak elok untuk baby. Boleh beri kesan pada otak dia… nanti baby tak
pandai kot. Ye ke korang?
· Makan mangga
On the way
nak balik rumah My ada beberapa stall buah-buahan. Selalu singgah situ beli
mangga. Tapi kena pandai pilih… Kalau mangga jenis yang terlalu manis tak sedap
diterima tekak… Yang jenis masam-masam manis lemak-lemak tu sedap! Selalu kalau
potong berebut makan dengan enchek somi macam dia plak yang preggy…-.-‘
· Makan Kurma
Yang ni ada juga My terbaca... Amalkan makan kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari... Heee~ My dah beli dah stock kurma tapi telan tak sampai 7 biji lagi sehari hehehehehe~
· Makan biskut
Pasal petua
makan biskut untuk hilangkan rasa loya ni banyak jugak yang cakap. Pernah
terbaca dan kawan-kawan blogger pun ada bagi suggestion makan biskut.
Especially biskut Jacobs cream crackers yang original tu. Nak tau betul atau
tidak My pun beli haritu.
Sedikit sebanyak, it
helps! Petuanya, kalau pagi-pagi masa baru bangun tidur tu… makan 1/2 keping
biskut ni dulu sebelum mandi. Sebab orang kata biskut ni serap asid dalam perut
macam tu lah lebih kurang so dia akan menghilangkan rasa loya nak muntah tu.
Semalam My cuba, betul! My tak muntah pun pagi semalam…. My bawa bekal pegi
opis. Setiap kali rasa loya My telan…. Membantu jugak. Cuma, petang tu tekak
dah tak boleh nak terima biskut gaknya. Telan-telan pun tetap rasa nak muntah…
Balik kerja malam semalam muntah jugak tapi tak banyaklah macam selalu tu.
· Jangan terlalu fikir rasa nak muntah
Ada orang kata,
jangan fikir sangat…. Tapi memang selalunya My tak fikir pun… buat tatao je
kalau rasa nak muntah. Tapi…. Bila tak fikir tu tetap akan rasa tak selesa kat
dada… Selagi dia tak keluar selagi tu lah rasa tak selesa…. Bila muntah baru
dia lega…. Walaupun agak seksa….-.-
· Minum 100 Plus
Ada juga yang
cakap minum 100 plus boleh membantu. Doktor ada juga sarankan pada seorang
kawan. Tapi kena buang dulu gasnya. Buka penutup… biarkan dalam peti ais
semalaman…. Lepas tu dah boleh diminum… J
Semalam suh
enchek hasben beli… pastu dah bukak penutup simpan dalam peti ais…. Tapi! Lupa nak
minum n tutup bekas penutup tu pagi ni… -..-’
Ada banyak lagi kot petua… Antaranya hidu bau buah
lemon… makan vitamin tambahan… makan yogurt dan macam-macam lagi kot… tapi My
belum cuba…. Sekarang ni nak keep on makan biskut tu je dulu… J Harap-harapnya blehlah
kurangkan rasa loya ni… Bukan apa, tak tahanlah kalau sampai tahap muntah
banyak tu… Sampai nak terkeluar isi perut… L
Orang kata alahan, mual, muntah ni akan berlarutan
sehingga 12-15 minggu…. Betul ke? Ikut
orang la. Malah ada yang lebih teruk
sampai bersalin pun masih ada rasa loya n muntah ni… alahai… janganlah My macam
tu nanti…. L
Minggu depan dah 8 minggu…. My plan nak pergi
Klinik Kesihatan nak register antenatal check up (buka buku merah). Yela
sepanjang hamil ni tak pernah pergi mana-mana klinik lagi kecuali masa demam
haritu… So, tak nak take risk… My nak register next week. Wallahua’lam lah mana
lagi better klinik kerajaan atau swasta…. Bagi My sama je cuma bezanya…. MASA
dan KOS. Takpe, apa-apa pun My register je kat KK ni dulu… Anytime kalau perlu
My akan ke swasta juga untuk pemeriksaaan… Gilir-gilir lah… hehe…. lagipun
festime mengandung… kena pergi alami sendiri baru tau kan….









26 comments:
GOOD ENTRY FOR RUJUKAN
pasal makan asam tu akak tak pasti betul ke tak tapi jangan makan banyak sangat dahlah...
akak, semua anak check kat klinik kerajaan... tak pernah pi swasta pun! tak mampu...huhuhuuu
ermmm..asalkan bukan makan pil muntah yang buat saya alah sampai sesak nafas dulu tu dah lah... =.=
alhamdulillah..time pregnant sy dlu xda alahan..cuma mual2 sikit masa bulan puasa ja sbb xtahan perut masuk angin..hihi
apa2 pun..pengalaman first baby mmg best!
hi dear...wah baru lagi tuh 7 minggu...kena jga elok2 ye 1st trimester neh...With Julia dan 20 weeks so dah masuk lebih 2nd trimester...so rasa sgt2 selesan this trimester...so bgus entry berkenaan pemakanan utk mum to be...keep in touch ya...do follow me so :D
Gadis dah 4 bulan lebih still ader jugak muntah2 nyer..
mmg kdg2 x pikir pun tapi mmg rase x thn kalau dh sampai ke tekak..
mmg nak keluar je rasenyer..huhuhu..
semua yang My ckp Gadis dh try tapi baby x nak kot..
Gadis muntah balik..huhuh..
Gadis mkn apa yang baby nak je..
kalau x muntah tu maknenyer baby suke la tu..hihihi...
My tggl kat mane?
Gadis tggl kat serendah jugak..
kat Antara Gapi...hihihi
my, dulu akak selalu bawak air ribena g mana2. utk ilangkan rs loya n payau kat mulut. maybe my boleh try yer.
cik suha xleh pregnant sbb xde suami hikhik
br ptg td sruh suami crikan madu sbb skang da strt loye2. 6 weeks already.
Sblm kol td terfkir gk yg jgn la laki aku ni slh fhm MADU yg dimksudkn..hehe
nsb baik die x reply yg bukan2..he
anywy..gud info n slm knl k..
bukan perempuan je yang cari tips menghilangkan loya ni. sebabkan isteri saya baru masuk minggu ke 8 saya kesian tengok dia muntah-muntah, jadi terima kasih untuk tips yang diberikan ini!
My..thanks for the tips.
Thanks my...nice blog...br lps subuh. I baca for my wife sbb dier asyik loya je lately ni. Will try the petua :)
@aizat rahman
Welcome...:)
@Hafiz Abidin
Welcome..:) saya dah hilang loya setelah masuk 5 bulan...:)
Tgh loya teruk ni.tq for the info.sgt membantu...
erm.thanks for this info.baby saya ni mintak banyak sgt2 makanannye.tp lepas tu kuar balik.bila malam je badan wife i panas gila.boleh masak telur dadar.muntah toksah cakap.kadang2 dia ade complaint pedih perut.adakah situasi itu normal?
erm.thanks for this info.baby saya ni mintak banyak sgt2 makanannye.tp lepas tu kuar balik.bila malam je badan wife i panas gila.boleh masak telur dadar.muntah toksah cakap.kadang2 dia ade complaint pedih perut.adakah situasi itu normal?
Tips yg berguna. Btw, biskut tu mmg menjadi
thanx my..byk info yg saya dapat. saya mmg mkn madu.time preggy ni ingat lupe je mkn. tp alhamdulillah xmuntah. tapi weekend je msti saya muntah truk. maybe sbb lupa mkn madu. xtau pulak madu tu salah satu cara utk loya. tips yg lain tu nak cube jgk nt. thx ye
Thanks a lot ;)
Thanks a lot ;)
Tip yg sgt berguna. Nak try biskut tuela
Hai mas seronok baca pengalaman mai. Yg xtahan tu bab encik somi boleh pikir ttg "madu" haha.. nak kena bantai la tu.. hihi
sy br 2 month plus. muntah sangt teruk. lps bce blog nie nk try biskut, madu n kurma tu. thx a lot.
@anon
Tahniah. semoga alahan cepat sembuh hehe.. saya 4 5 bulan baru elok
bestnye tips nie...blh amalkan nnt kalau mabuk2 masa mengandung :)
Post a Comment