9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, October 28, 2011

Ingatkan Kahwin ni Senang.....

Ingatkan nak kahwin ni senang kan... pung pang pung pang..salam tok kadi.. Sah?? Sahhhhhhh! haih~ My tengok orang lain kahwin macam senang je tapi rupanya letih gak nak kahwin ni mana nak fikir soal kewangan, persediaan perkahwinan, mak andam, pakaian pengantin, kad kahwin, souvenir, bla bla bla... arghhhh penatnya!!!

Setakat ni barang-barang untuk hantaran dah hampir kesemuanya My dah beli. Mak andam dah deal cuma tunggu dia order baju untuk pengantin. Photographer pun dah deal. Dokumen perkahwinan? Dah ambil borang di pejabat agama masa balik kampung haritu. cumanya belum ke kursus kahwin, ujian HIV... Tapi takpe, borang tu sebulan atau 2/3 minggu before wedding boleh hantar kot. Lambat lagi hehe. Sekarang ni yang tengah memeningkan kepala My adalah kad kahwin. Nak cari yang paling menjimatkan punya pasal sampai sekarang tak buat tempahan lagi.. haih nasib baik lambat lagi... 

My dengan enchek tunang ni pendapat susah nak sama.. kitorang sering bercanggah pendapat dalam menentukan sesuatu. Sebagai contoh macam nak buat kad kahwin ni la... Jenis enchek tunang ni simple je, tayah nak membazir sangat asalkan ada. Jenis My, memang lah nak jimat tapi memuaskan hati.. Kalau hati tak berkenan memang tarik muka ketat lah My jawabnya...T_T Sepanjang lebih sebulan ni dah banyak giler kedai kahwin yang My survey... kebanyakannya thru online la. Nak ke kedai selalu memang tak sempat sangat. Ada yang price ok cumanya masalah sekarang ni kitorang cuma nak 1000pcs untuk kedua-dua pihak. budget untuk sekeping kad kahwin 40sen and below. 

Mulanya kitorang plan nak buat 2 pihak dalam satu kad, tapi ada masalah dengan peta plak. Peta rumah enchek tunang dahla complicated, besar dan memerlukan space yang agak luas. Kalau buat 2 pihak peta tu perhaps akan jadi kecik sebab satu page tu masukkan 2 peta kan (2 inlay).  . kalau kecik sangat nanti takut tak nampak plak dalam kad tu. Lepas tu untuk menyenangkan, kami plan nak buat 500 pcs untuk pihak lelaki 500 pcs untuk pihak perempuan. Masalahnya plak kalau order 500pcs kebanyakan kedai tak boleh bagi harga rendah. harga berbeza untuk 500pcs & 1000pcs... memang pun... hurm...

Semalam kitorang dah decide nak order kat satu kedai kad kahwin ni, harga terendah yang kitorang survey.. tup tup sampai kedai tu enchek tunang berkenan kad lain yang lebih murah.. My pulak langsung tak berkenan yang dia nak tu... Agak lama jugak di kedai memilih kad dan My dah belek banyak kali kad yang enchek tunang nak tapi tak berkenan langsung...T_T Kad yang My berkenan tidaklah mewah.. masih di bawah budget cumanya tu la kami berbeze pendapat. At last bila enchek tunang mengalah nak ambil pilihan kad yang My nak.. peta plak jadi masalah... sebab kad tu 2 inlay je.. so peta will be place in one side for dua-dua pihak. Confirm lah jadi kecik dan for sure terlalu kecik untuk orang baca... Ahh sudahhh dugaan apakah ini...T_T... Sudahnya, kitorang tak jadi langsung order dan mintak diri balik n bincang dulu. Kami dah sama-sama penat+pening nak pikir hal kad yang satu ni... haih~

Anyone tahu tak mana-mana kedai yang jual kad kahwin with lower budget + without minimum order??? suggest pls...T_T

fenin... fenin....

nota kaki : Nak buat sendiri tak berbaloi.. kuar duit jugak, kuar tenaga lagi.. dahlah tak kretip.. kalau beli mahal2 sangat lagi la tak berbaloi.. nanti sudahnya ke tong sampah jugak kalau orang frame kan takpe gak...-.-'

7 comments:

NiSha said...

tau tak per..
sama la kita.. Nish ayg nak wat bulan depan ni mcm2 hal..
aper pu semoga semua berjalan ngan lancar yer..

Sunah Sakura said...

kalo kat johor ni cam jauh sangat pulak kan...

aimie amalina said...

waaaaa
bile bace ni
x tawla waktu kawen mimi nnti cm mane
aiyooo
yela
sume berkenaan duet jugakkan
kalo bole nk saving utk lain plak kan..
betol2

huuu..soweee..x dpt tlg sebb belom kawen, or x de lag ahli keluarga yg kawen..huuuu.

semoga dpermudahkan segalanya ye =]

SoLy SoLicious said...

dah try google? kot2 ade jual kad murah online

mas saari said...

kena buat banyak persediaan nak kawin ni, takleh main redah je!

JaLi AshBurn said...

errr, mungkuin ni boleh jadik panduan yg berguna kot, . . bagi orang2 macam saya yg tak tau sangat , . . . :)

Ihsan Arifin said...

nak kawin pun susah ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers