9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, October 25, 2011

Kanak-Kanak; Dulu vs Sekarang

Baru je semalam punya entry berazam nak kurus dan tak nak makan nasi tup tup harini ada staff belanja makan nasi beringin sempena nak menunaikan Ibadah Haji… sedap oooo Bangsar mari rugi tak makan! Habis separuh je pun nasi tu…kesian kat perut sob sob… hampeh kau My

Eh bytheway nak citer ni, last week My ada post status kat profile facebook My yang My copy dari seorang kawan yang berbunyi begini.. mana ada bunyik… -.-’


Sepanjang My berkecimpung dalam dunia facebook status ni kot antara komen terbanyak yang My pernah peroleh haha.. tu termasuk komen My sekali la ye.. Mana taknya bila My tagged kawan-kawan zaman sepersekolahan tu, ramai jugak duk join sekali mengingati sejarah lama kami… masa di bangku sekolah rendah…

Antara komen-komen yang My sempat rakam adalah:







Huhu banyak lagi komen-komen menarik + kelakar yang kawan-kawan komen tapi tak dan nak rakam semuanya heheh… Apapun komennya yang pasti kenangan-kenangan tersebut adalah kenangan terindah dalam hidup My…J

Nostalgia tu beb…. For those yang lahir tahun 90-an pastinya merasai sepertimana kami pernah lalui…pembelajaran, persekitaran, pergaulan, permainan.. semuanya old skul! Bila terkenang balik mengalahkan kerinduan pada pakwe tau korang.. betapa rindunya nak balik ke zaman itu! Seyes!

Ok jom kita balik ke 1990-an......

Duit belanja ke sekolah

Zaman masa My sekolah dulu start darjah 1 My cuma membawa duit belanja sebanyak RM0.70 tau. 20 sen My buat beli mee/bihun/nasi lemak, 20 sen My buat beli air, 20 sen My buat beli jajan-jajan. Lebih 10 sen My beli air soya bungkus kat tepi jalan depan sekolah. Laku wooo 10sen… sedap giler air soya makcik tu… 70 sen mak bagi setiap hari rasa macam banyak sangat… zaman sekarang ado???

Persekolahan

Zaman sekolah zaman My dulu tak pernah kenal erti telefon bimbit. Even masuk sekolah menengah pun My belum pakai henpon tau. Telefon kat rumah pun belum ada la rasanya time sekolah rendah dulu. Dengan cikgu tak berani melawan, takut silap sikit je mesti kena denda dengan cikgu.. cakap je denda apa yang My tak pernah kena.. rotan kat tapak tangan? Rotan kat kuku-kuku jari? Kena cubit? Kena enjut ketampi? Diri atas kerusi? Semua pernah… Nak mengadu kat mak abah? Jauh sekali… Silap silap kalau My mengadu My kena marah lagi ada la. sape suh degil kan..-.-’ Kalau bosan-bosan kat sekolah main permainan dalam kelas… main batu seremban, main ceper, main pemadam, main carem pakai alas meja kayu yang dah rosak pastu bawak bedak tabor atasnya.. gilo.. -.-’, main lari-lari.. Time rehat masa yang ada sempat main tiang-tiang besi.. sape tak dapat tiang dia yang jadi kat tengah-tengah haha… heaven kan kan? zaman sekarang? Adooo???

Pergaulan

My masa sekolah rendah dulu ganas-ganas tapi comel..My kawan dengan semua orang termasuk budak-budak lelaki.. Masa sekolah rendah bukan My tak pernah tangkap-tangkap cintan tapi taklah keterlaluan sampai ajak bercinta.. suka-suka je. Tapi My tak pernah pun terjebak dengan sumbang mahram… nak kawan kawan je lah.. takde pun nak tepuk tampar sana tepuk tampar sini… Nak menggatal? Jauh sekali.. memang tak pernah belajar n tak pernah diajar pun… senang citer tak pandai langsung laaa… Hehe.. teringat masa darjah 6 dulu ada sorang member kelas sebelah ni tangkap cintan dengan My.. Surat cintan berlambak-lambak dia bagi kat My ahaha… Tapi tak sampai ke mana pun.. tu semua cinta monyet.. sampai sekarang kitorang masih kekal sebagai kawan…J Itu dulu… zaman sekarang punya pergaulan? Ado??

Permainan

Waaaaaa ini part yang paling My suka.. Sape kata zaman dulu mundur takde permainan nak main? Adolaaa… Meh nak flashback balik…
ihsan google
·  Teng-teng
        
         Sapa yang lahir zaman 90-an tapi tak pernah main teng teng tu maknanya dia budak bandar yang kerek haha.. Permainan yang hanya memerlukan batu untuk bermain. Teng-teng tu dilukis atas tanah.. Macam rumah My di kampung senang tanah merata amik kayu lukih je. Teng-teng ada banyak jenis tapi yang My belajar dulu ada satu je hehe… Nak start main dia baling dulu buah teng-teng tu.. (batu), mana-mana kotak yang mengenai buah tu adalah diibaratkan rumah kita. Lepas tu lompat sebelah kaki disetiap kotak.. kotak yang ada buah milik kita boleh pijak dua2 belah kaki, kotak yang ada buah orang lain kita tak boleh pijak.. kena skip.. haaa macam tu kalau tak silap.. errrr… correct me if I’m wrong oke hehe..
ihsan google
·  Congkak

   Kalau macam My tak mampu nak beli bekas congkak tu so apa yang My buat adalah buat lubang congkak di tanah.. lepas tu kutip la batu-batu yang ada.. Anytime boleh main.. hehe…

·  Baling Selipar

Ahhaaa permainan ni memerlukan tahap fizikal dan mental yang kuat sikit.. mana taknya kena berlari keliling rumah hehe. Cara permainan adalah kena volunteer siapa nak bagi sebelah kasut membentuk seperti segitiga.. biasanya pakai 4 selipar. 3 selipar untuk dibentukkan segitiga 1 selipar sebagai pembaling. n selipar yang diperlukan biasanya selipar jepun hehe. Lepas tu kena ada 2 kumpulan yang bermain. Satu kumpulan yang perlu mengejar dan satu lagi kumpulan yang perlu dikejar. Bila kumpulan yang perlu dikejar tu berjaya meruntuhkan bentuk selipar tu geng-geng  satu lagi perlu segera mencapai selipar pembaling dan mengejar semua geng-geng yang berjaya runtuhkan selipar tu. Siapa yang kena baling akan mati.. Kalau salah seorang ahli kumpulan tu berjaya mencantumkan semula selipar yang diruntuhkan tadi tu maka diorang akan bermula main lagi (yang mati akan hidup balik). Kalau ke semua ahli kumpulannya mati maka kumpulan yang mengejar tadi pula akan bermain…J

Faham ke korang? Berbelit2 lidah den menerangkan.. hehe
ihsan google
·  Belon acar/acah/galah panjang

Hah permainan ni My tak pasti la nama dia… belon acar ke acah tah… tapi adik beradik la dengan galah panjang… Permainan ni pun melibatkan 2 kumpulan.. Main acah-acah.. Ahli kumpulan kena berjaya melepasi tembok lawan sampai ke penghujung dan kembali ke hadapan semula dengan selamat kalau masih mahu bermain…J

Tak faham buat-buat faham la…-.-’
ihsan google
·  Zero Point/Lompat Getah

Zero point sesuai dimainkan oleh orang yang tinggi sebab My dulu kalau main menatang ni sampai paras telinga je mesti mati cis…-.-’
ihsan google
·  Mario games – Permainan komputer

Dulu My tak celik computer sangat.. Kalau masuk computer tahu main Mario Games dengan solitaire je.. itu pun yang easy level hahaha…

Huihhh kalau nak sebut permainan-permainan zaman 90-an dulu sampai tahun depan pun tak habis tau korang… So My list kan je lah ye, antara yang lain-lain adalah seperti Lompat Tikus, Lubang Tikus, Pukul Berapa Datuk Harimau, Pondok-Pondok, Masak-Masak, Kawen-Kawen, Batu Seremban, Ayu@Are You Sleeping, Kejar-Kejar, Buaya-Buaya, Nyorok-Nyorok, Nenek nenek si bongkok tiga, Layang-layang, Wau, gasing, yoyo, guli, Lastik, Bingo, Pangkah Bulat, Tikam, … bla bla bla…

Haaa korang sempat jumpa ke semua permainan tu? Kalau korang ingat lagi selebihnya bolehlah senaraikan di ruangan komen ye.. J

Haaa… see see? Best giler kan zaman kanak-kanak My dulu? Itu dulu… sekarang adooo??

Oke dah dah... Sila balik semula ke zaman 2000-an...

Zaman kanak-kanak zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak dulu… Duit belanja seringgit sehari pun tak cukup.. Setiap tahun kena bertambah.. Tapi itu takpelah ikutlah peredaran ekonomi kan.. sekarang bihun sepinggan nak dapat 20 sen? Kirim salam laaa… -.-’…

Kanak-kanak sekarang pergi sekolah dah tak serajin dulu.. Ramai dah mula tiada rasa hormat pada guru.. Kalau kena marah kena rotan sikit mula mengadu kat mak bapak.. mak bapak datang sekolah.. masuk media.. nama siapa yang buruk? Cikgu jugakkkk

Kanak-kanak sekarang kecik-kecik dah pandai main cinta.. main cinta stok-stok orang dewasa.. Dah pandai tonton video lucah padahal masih bersekolah rendah… Dah pandai menggatal… Dah pandai buat perkara tak senonoh.. akal fikiran mengalahkan orang dewasa… haih~
ihsan google
Kanak-kanak sekarang dah tak main dah teng-teng, galah panjang, congkak semua tu.. Diorang semua stok-stok main PS1, PS2, Angry Bird... Yang lagi hebat kecik-kecik dah ada henpon sendiri.. henpon bukan henpon biasa.. takde keypad tuuuu... (touch screen laaa).. perghhhh… Bagi je sejibik henpon kat dia konpem kejap je dia explore.. Lagi expert kecik-kecik dah pandai berfesbuk… wallawehhhhh…. Den masuk unibesiti baru kenal fesbuk tau…

Dahsyat tak dahsyat zaman sekarang kan? Giler tak heaven… Biasalah, kanak-kanak kita sekarang semuanya ditenggelami oleh peredaran dunia berteknologi dan digital… Semua yang old skul dah ditelan arus pemodenan ini!!! Giler tak besh wehhhh…

Itulah untung zaman kanak-kanak sekarang... Tapi untungnya mereka-mereka ni tak seuntung zaman My dulu-dulu... Kami betul-betul menikmati zaman kanak-kanak tersebut... J

ahhhhhh... Kalau saja aku dapat putarkan waktu...... T_T

9 comments:

CikPuan Fara said...

lepas tu bila dah darjah 5,6 ala2 da besar skit dgn kengkawan pompuan dok main tekan telapak tgn.. kuar berapa "biji" tanda dpt anak berapa! apakah punya mainan la ekekeke ;)

YanaMIB said...

yeahh org yg lahir thn 80an mmg rock abesss! ^__^

mas saari said...

zaman sekolah memang best!

kena rotan, kena denda, ponteng sekolah, ngorat cikgu hensem, abang angkat dan macam2 lagi lah...

Liyana said...

@CikPuan Fara
selalu buat yg ni dulu, haha, dpt kembar lagi, kah3

Liyana said...

psl oat tu, beli je brand quacker oat kaler biru.

tumis bwg putih merah n cili api, tambah air bila dh wangi tumis tadi, letak udang yg dh ditumbuk kasar, letak sawi 2 cekak, letak oat, biar 5 mnt jap, dah siap.

sedap & cepat msk. hari2 balik keje masak bubur oat. smpai x sedar org tegur makin kurus, ahaks. padahal rase mcm same je, tp bile timbang, mmg turun berat badan. hhehe

aimie amalina said...

weeeee
bes kan saat ni
sy pon tergolong dlm golongan yg merasa zaman era dulu yg kurg tercemar ni
hehehe
hero main galah pnjg
walau pendek pon ttp nak main getah
kekeke =]

Teratak Hami said...

Memang best zaman dulu2 ... semua tu kenangan terindah :-)

Brilliant Marjan said...

Salam..

So memorable..sy minta izin copy wall fb tu ye..semua awk ckp tu memang syok..nk je ulang balik apa yg berlaku dulu..

SoLy SoLicious said...

budak dulu nan sekarang laaaiiinnnn amat..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers