9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, October 19, 2011

Tamat Riwayat Gigi Bongsu!

Kalau korang notice, My selalu mengadu sakit gigi bongsu. Sakitnya berlarutan sampai sakit kepala.. Atas nasihat lepas pegi check up hari tu My ke klinik gigi untuk buat surgery pada gigi tersebut. So, tak ke kerja lah harini. Dah buat appointment since last week. So, sebelum doktor nak berangkat ke tanah suci Mekah eloklah My datang secepat ini. Lagipun sakit pun dah lama nak tunggu sampai bila an an... 
Gigi bongsu ni gigi geraham paling belakang. Biasanya tumbuh bila umur kita menjangkau 18-30 tahun... Haa ingat time kecit je tumbuh gigi dah besar pun ade lagi laa... adeh. Tapi My pun tak sedar masa bila dia tumbuh gigi ni sebab takde rasa sakit pun. Yela orang kata time nak tumbuh gigi bongsu ni ada yang sampai demam-demam kan. My cuma perasan tiba-tiba ada satu gigi lebih kat belakang masa study kat UiTM dulu tapi masa tu gigi bongsu tak boleh nak tumbuh habis. 

Sudahnya gigi bongsu My ni memang tak sempurna tumbuhnya sebab keluar tak menegak. Bila keluar tak menegak gigi tumbuh pun tak sempurna, jadi berlubang. Bila berlubang makanan selalu tersumbat kat situ dan akhirnya merosakkan gigi. Setiap kali lepas makan mesti My bersihkan gigi tu keluarkan makanan yang tersumbat kalau tak memang rasa tak selesa dan boleh jadi sakit. Ni sebab dah tak tahan sakit la My ke klinik kalau tak doc kata boleh rosakkan gigi-gigi yang lain. 

Sebelum ke klinik lagi masa on the phone My tanya kat assistant klinik tu sakit tak kalau cabut gg bongsu. Yela dah tua tua ni oiiii kena cabut gg serammmmm tau tak... sebelum ni gi cuci gg pun rasa ngilu je My tak tahan...inikan nak cabut..buat surgery bagai..T_T  So tadi sebelum surgery pun My tanya doc tu sakit ke tak.. adehhh.. macam budak2..-.-' Doc kata lepas surgery tu rasa sakit.. masa surgery tak sakit.. Sebelum start surgery dia bius 2 kali n bagi makan ubat.

Sepanjang surgery tu My tutup mata bukak kejap kejap je sebab tak sanggup tengok doc tu dok amik macam-macam peralatan masuk kat mulut adeh laaa... Masa dia tarik gigi tu perghhhh... kuat betul dia tekan tekan rahang ni walaupun tak sakit tapi bila membayangkan perghhhh... Siap dengar lah bila dia cabut gigi tu.. uuuwwwaaaa..... 

Sejam lebih gak dalam tu... lepas tu. eh dah siap. Dia kata nanti hujung tahun bleh datang lagi kalau nak buat gigi lain. erk baiklah. Doc bagi ubat tahan sakit + antibiotik + mouth wash. Total bayaran RM499.. whooooo singgit je lagi nak ke 500.. Nasib baik.. sebab company pun tanggung untuk dental RM500 hehe so bolehlah claim semuanya...:)

Lepas keluar klinik My tak ke mana-mana.. dengan gigi macam tu memang takde mood lah nak ke mana-mana kan.. Balik je rumah online jap then terus tido.. bangun hanya untuk solat. Gigi plak rasa tak selesa.. darah masih keluar.. adoiii takde pengalaman My pun tatao pe nak buat. Kapas dah banyak kali masukkan.. My kumur-kumur.. My meludah... darah ada lagi... pe nak buat...T_T

Nasib baik ada fesbuk.. tanya kawan-kawan yang ada experience cabut gg bongsu hehe. Oke sekarang kena tunggu enchek tunang balik kerja.. kalau tak sape nak tolong belikan makanan isk. Doctor bagi mc 3 hari.. bolehlah My berehat di rumah sementara nak tunggu gigi ni baik sepenuhnya. Doc pesan jangan ke mana-mana lagi-lagi kalau cuaca panas... adeh laaaa.... cepatlah baik...T_T

Harap-harap cepatlah baik gg ni.. Lepas tu tak sakit lagi tak larat dah nak menanggung azab sakit gg tu... mood semua ke laut.. Lepas baik nak makan sedap-sedap!!! heee~

Ouch!!! sakit... T_T

Till then korang!!! 

6 comments:

SoLy SoLicious said...

sakit eh? oo..takotnye..huhu

mas saari said...

moga cepat sembuh ye!

aimie amalina said...

alhamdulillah =]
finally dh dicabut
lepas ni bole mkn dgn aman
heeee

weeee
seronoknye..
(mimi pulak yg seronok..hehehe)

mashimaro said...

euuww sakit nyer...sabar ye

KAMIHIDUP said...

dah takde gigi bongsu. :(

kimiakira said...

salam..sy pon kne mcm awak..tp sy tkut la nk wt operation huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers