9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, December 2, 2011

Laman Chat MIRC & Pengalaman Pertama Kali Dating


Heeee… Tiba-tiba teringat kat hotchat pagi tadi di Hot Fm bersama deejay Usop dan FBI… gelihati je bila pemanggil call cerita pengalaman pertama kali dating masing-masing.. Secara tak langsung My pun teringat sewaktu pertama kali jumpa enchek tunang. Tergelak kau sorang-sorang hahaha…

First date My ada banyak kali hahaha.. biasalah dulu time muda-muda hot stuff disukai ramai haha.. So, ada lah 2/3 lelaki yang My pernah admirer lah konon-konon. Pastu stok bila jumpa first time tu malu-malu kucing… But semuanya not too serious.. bajet nak serious tapi bak kata orang… takde jodoh…:D

Tapi My tamolah citer pasal lelaki-lelaki yang tak penting tu.. nak citer pasal enchek tunang yang satu sekarang ni..:D sekurang-kurangnya kalau dia baca ni kombanglah sikit kan citer pasal dia je. blueks.sila muntah.

My kenal enchek tunang ni dah lama, since My form 2.. dia plak form 4.. kenal dari mana? Internet.. MIRC.. pernah dengar ke korang? Sape yang lahir sebelum 90-an mungkin pernah jumpa laman chat ni kot. Bila masuk banyak chat room yang ada especially ‘kampung’.. tu lah yang paling My ingat walaupun senanya banyak lagi chat room yang pernah My join.

Masa My kenal MIRC tu, itu adalah pengalaman pertama My berjinak-jinak kenal internet. Masa tu My sekolah asrama. Sanggup kau tipu warden nak kuar bandar ada hal padahal gi lepak sisi memperkembangkan ilmu pengetahuan mengenai dunia internet haha. Masa tu umur baru 14, orang kata usia baru nak naik kan.. bergetah gitew.. main berkenal-kenalan ni dah jadi lumrah.. bezanya, masa zaman My takdelah terlalu sosial seperti sekarang sehinggakan baru berkenalan beberapa hari dah sampai ke ranjang… Nau’zubillah…

Dipendekkan cerita, My jumpa enchek tunang di salah sebuah chat room dalam MIRC tu. Dok borak-borak pehtu perkara wajib sebelum bye-bye mintak nombor telefon. Kalau mula-mula borak tu mesti tanya… “a.s.l plsss…”…. A.S.L meaning dia Age, Sex, Location… hahaha…. So, masa My gi chat kat cc masa tu mesti bawa buku nota.. senang nak tulis nama-nama,alamat n number phone kengkawan chat. Dalam sehari tu adalah 5,6 orang My ambil info sorang… hahah…

Tapi zaman My dulu mana pakai henpon lagi.. Nak call pun pakai public phone. Untung-untung leh curik line dapatlah borak lama kalau idakkk jenuh kau nak mengumpul syiling.. So, daripada bergayut dekat public phone tu another effective way yang My gunakan adalah surat-menyurat. Masa zaman My main tulis-tulis surat ni perkara biasa. Kalau My bukak balik stor belakang rumah tu berguni surat-surat dari peminat hahahahah… retis kauuu…

Mana kawan-kawan yang My ada contact info dari MIRC tadi ni semuanya My tulis surat..pehtu tak lupa mesti kena ada BIODATAku diselitkan bersama-sama surat. Ahhahahaha.. kelakar je bila ingat balik. Termasuklah enchek tunang ni. Beberapa minggu lepas tu mesti dapat balasan. Enchek tunang pun balas tau… Pastu kitorang saling berbalas-balas surat siap pos gambar lagi kau..:D

Bertahun lamanya kitorang kenal melalui surat dan telefon. Tak pernah jumpa pun. Yela sorang kat kL sorang di Johor mana nak jumpa. Hubungan kitorang tak lebih dari sekadar kawan pun. Kejap ada kejap takde.. Tapi masing-masing still ada contact number dan alamat masing-masing… Kadang-kadang tak contact terus tapi masih berkawan. Kalau teringat je adalah contact beliau.

Tahun 2005 My amik diploma si Bangi. Enchek tunang tahu dan kitorang pernah merancang untuk berjumpa masa tu. Tapi entah alasan apa enchek tunang terpaksa membatalkan janjitemu kitorang tu sebab dia ada hal lain. So, memang tak jumpalah. Sampailah masa My di tahun akhir, semester akhir belajar. Enchek tunang hubungi My. Entah apa mimpi dia rajin betul kacau My.. selalu call, sms… Sehinggalah suatu hari dia ajak berjumpa. Itupun dia datang Bangi.

Sampailah hari yang dijanji.. dia datang.. Tu pun hampir-hampir tak jadi tau tapi mungkin sebab jodoh kuat makanya bertemulah kitorang.. hehe.. Dia kata nak ajak pi makan sate kajang. Punyalah My ni berdebar-debar sangat.. kosongkan perut dari petang tu sebab nak makan sate kajang. Malam tu lepas Maghrib dia sampai depan rumah.. My keluar n kitorang pergi makan sate Kajang.

Masing-masing tersipu-sipu malu. Yang lebih-lebih malu ofkos lah My… Makan sate pun 1,2 cucuk je oke. Enchek tunang kata dia dah makan so dia tak makan banyak. Ah sudah kalau dia tak nak makan dah tentu-tentulah My lagi segan nak makan n habiskan sate tuh. Apalahi My pun cakaplah My pun dah kenyang dah makan petang tadi. Demmm… Akhirnya sate tu dibiarkan tidak tersentuh di atas meja… Sedangkan perut dah berkeroncong lagu cindai nyanyian CT….-.-’

Balik daripada jumpa enchek tunang My ajak hosmet gi lepak mamak. Gi makanlah lapar beb! Adehhhh… Dalam hati menyesal betul tak habiskan sate tuh. Bila citer kat kawan-kawan sume dok bantai gelak. Yela sape tak kenal dengan My yang kuat makan.. Boleh tahan nafsu tak makan sate tu? Dahlah feveret… ceyt!

After a few months kitorang getting closer, closer n closer… Sampailah dia proposed to be a special one… My mintak masa… Sampailah My dapat tawaran nak further degree di Shah Alam n akhirnya… My terima dia jugak…

Dah lebih 3 tahun kitorang serius dengan hubungan ni n Alhamdulillah… ianya diperkuatkan lagi dengan ikatan pertunangan… coming soon…? Bride n Groom to be!!!

InsyaAllah…..

Sekarang ni, kalau flashback citer pertama kali jumpa enchek tunang mesti kitorang tergelak-gelak… Ruginye lah hai tak makan sate tuh…-.-’

korang ada pengalaman dating tak?cer citer cer citer...:D

3 comments:

Liyana said...

hahaha nk gelak guling2 bace cite my, mcm same je kisah kite, ahaks, beria p salin sume info, pastu mgu depan nye lupe lak, cr lelaki lain, bahahah

tp akhirnye kawen ngn member sekolah jgk, kuikuikui, lg la kelaka :D

noradzlina.kamdani said...

tmpng baca...siap gealk kuat2 kt opis ni.....mls la nk cite experience tu.....exclusively utk kami 2 org jek...

anna hashim said...

hahhahahaa...mai kakna nak gelak baca entry ni..hehehhehe yelah zaman kita sekolah dulu kan zaman MIRC..sggp tu kumpul duit semata2 nak melabur kt CC RM3 sejam, kdg2 tu ada CC yg cekik darah sejam RM4..gigih ko melabur kt CC tu..pastu nickname nak yg sodap2 jerk didengar,,pastu buku nota kecil n pen barang wajib bawak..hahhahaha yg paling best acara mencurik line..pakai jarum lah, wayar la, ketuk syiling la, kad pn ada jgk..adehhhhh...mmg best la bila ingat kenangan masa sekolah dulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers