9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu

My dah tengok Filem Ombak Rindu!!! weeeehuuuuu~ Dah tengok Ahad malam haritu cuma baru la ni baru sempat nak review... :) My nak sangat tengok sebab dulu masa sekolah memang My ada baca novel Ombak Rindu ni. Memang suka baca!! My hayati betul lah baca novel tu dulu siap nangis-nangis lagi tau.. adeh~

So, selepas pujuk-pujuk enchek tunang akhirnya berjaya jugak tengok filem ni! hehe. My point of view??? OKLAH.....

Ombak Rindu mengisahkan mengenai seorang gadis kampung yang bernama Izzah. Dia dijual oleh pakciknya sebagai pelacur untuk membayar segala hutangnya. Tanpa kerelaan Izzah, dia ditiduri oleh lelaki yang tidak dikenali buat pertama kali, Hariz. Izzah kemudiannya dibeli oleh Hariz setelah dirayu oleh Izzah untuk membawanya pergi dari lembah pelacuran terbabit.

Hariz membawa Izzah tinggal di rumahnya, baginya Izzah kini hak miliknya. Apa sahaja yang dikehendakinya Izzah harus menurutinya. Namun, Izzah yang tidak mahu hidup dengan dosa meminta Hariz menikahinya dan dia berjanji tidak akan menuntut hak sebagai seorang isteri. Apa yang penting.. Hariz harus menikahinya untuk bersamanya.. Mereka kemudiannya bernikah di Thailand.. Mereka hidup seperti suami isteri namun Hariz cuma menganggapnya seperti perempuan simpanan sebelum akhirnya Hariz mengakui amat mencintai Izzah.

Namun, biasalah.. cinta kalau dalam filem ni takde dugaan datang tak sahkan. Macam tu jugaklah Ombak rindu.. Atas desakan ibu.. Hariz dipaksa berkahwin dengan Mia Amelia namun hatinya tetap menyintai  Izzah. Izzah pula tanpa diketahui Hariz yang baru terlibat kemalangan telah dihalau keluar dari rumah Hariz oleh ibunya. Dia pulang ke kampung sebelum kembali semula ke KL dan tinggal bersama Pak Dollah.

Namun dugaan demi dugaan terus dihadapi oleh mereka. Nak tahu ending dia silalah ke pawagam berhampiran oke!!!

Overall??? OK... cumanya tak puas. Sebab? Tak sehebat Novel. Yela mungkin bezanya novel tu panjang meleleh-leleh kan filem ambik masa kurang 2 jam so haruslah diringkaskan. So hopefully lepas ni adalah drama series kat Astro as usual diorang buat tu then bolehlah make it as 100% as the real novel oke!! :)

Ok tu je. nak tido...bai! =_=

2 comments:

chEntA said...

dah tengok jugak..
heee..betul tak sehebat novel tp,okeyh la sbg satu filem..=)

Cik Bhulat said...

ombak rindu best, tapi novel triple best dr movie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers