9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, December 16, 2011

Persiapan Perkahwinan Terbengkalai

Salam Jumaat everyone! Mood pagi tadi bermalas-malasan walaupun dah hari Jumaat hehe. Tataolah setan apa ada dalam badan ni selalu sangat liat-liat nak ke kerja..-.-’ Apapun, inilah satu-satunya mata pencarian jadinya kena jugak bekerja hehe…

Diam tak diam tinggal 1 month & 1 week sahaja lagi Hari Bersejarah My dan enchek tunang. How fast??? Tapi kenapa My tak rasa nak kawen nih? Rasa macam takde langsung persediaan apa-apa. Boleh gitew? -..-  Souvenir belum siap di decorate, kad jemputan kahwin belum lagi diposkan. Dokumen pernikahan belum lagi dihantar! Baju pengantin belum pegi tengok n fitting!! Oh demmm…

Alahai… beginilah jadinya kalau bakal pengantin tinggal di perantauan.. Banyak perkara jadi pending… Kalau orang kampung macam My ni nak kahwin yu olss bakal pengantin sendirilah kena turun padang buat ini buat itu… pastikan itu ada ini ada.. itu selesai ini selesai.. then baru majlis perfect. fenin makkk…. Kalau macam yu ols yang kayap rayap dok bandar tu boleh lah hire any wedding planner.. macam den ni setakat mana yang termampu je.. bak kata orang ukur baju di badan sendiri gitew… hehe


My dijadualkan pulang ke kampung halaman masa cuti krismas nanti. Dah add 2 days leave in case untuk ke Pejabat Agama selesaikan permohonan pernikahan. Haih~ perkara paling penting tuh kena lah settlekan dengan kadar segera. Sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh nikah. Kalau idok tak nikahlah den nanti.

Borang nikah rasanya dah complete semuanya. Rasanya lah. Nanti akan My semak kembali dan kemudian barulah siap untuk dihantar ke tok kadi ataupun ke pejabat agama Segamat. Harap-harapnya tiada yang terlepas pandang nanti almaklumlah My ni cuai sikit..-..-

Untuk VIP souvenir barang-barangnya dah ada pun kat rumah sewa My… n ada a few yang My dah decorate. Tapi tu la.. bila dah datang malas memang tak sentuh langsung menda alah tuh kanzz… Sudahnya terbengkalailah jadinya.. Selagi tak dekat dengan date selagi tuh tak tersiap aisehhh…

Kad kahwin My dah pun tulih-tulih nama kawan-kawan beserta alamat untuk diposkan. Cumanya tunggu masa yang sesuai untuk dihantar. Agak-agak korang bilakah masa yang sesuai untuk hantar kad kahwin ye? sebulan sebelum ke? 4 minggu sebelum ke? 2 minggu sebelum ke? Ke… sehari sebelum?huhuhuhu… My bukan apa.. kalau nak jemput lambat-lambat takut nanti ada member yang complaint “ko ni lambat lah hantar kad aku kena kerja masa tu. kalau tak aku boleh apply cuti awal2”… “alaaa… aku ada plan lain time ni…”..haih~ macam2 alasan yang tak munasarawak. Nak hantar cepat-cepat sangat plak takut terawal sangat.. kang ada pulak suara-suara sumbang “OMGeeeee aku terlupa lah ko kawennn… kad ko pun tah mana aku letakkk..”… “fuhyoooo My dah nak kawen dahhhh???!!!”.. malu den nak hantar awal2 ada pulak orang bahan kang…-.-’


Antara kawan-kawan ada juga yang dah berkahwin tapi diorang tak berapa menonjol. Macam My ni antara kawan-kawan My ni banyak mulut sket. Agak ‘nakal’ sket.. Agak childish sket.. Agak kasar dan huhahuhahuha sket. So.. Ada lah nanti di kalangan kawan-kawan yang mengusik.. yela antara ramai-ramai My yang huhahuha ni jugak yang kawen dulu kanzzz…demmmm… I nampak je kasar yuuu tapi dalam hati ada taman giteww… -.-’

Untuk Invitation thru Fesbuk My pun tatao nak hantar bila. Segan plak nak hantar awal-awal. Mungkin sebab masih 2011 so macam terasa masih awal walaupun sebenarnya date kahwin tu tinggal bulan depan jek!!! Whooooo!!! Hurm… bila agak2 nak hantar RSVP kat fesbuk ye? adeh~

Dahlah coming weeks ni My takde masa sangat. Masakan tidak, minggu ni Sabtu Ahad My ke kenduri. Next week plak My dah pulang ke Segamat untuk settlekan apa-apa yang patut. End of the year plak My ke kenduri sepupu di Kluang Johor. Yang itu haruslah berkampung 3 hari 3 malam di sana kalau idokk takdelah sedara mara den datang kenduri den kang…-..-

So, kalau ada masa terluang pun mungkin early Januari. Itupun to be confirmed. Mana taknya.. nak cari masa untuk pergi scaling gigi ngan ke spa… mandi bunga hahahaha… geli tiak dennn… minggu ke 2 Januari My dah pulang ke Segamat cuti kawen!!!

Oh tidakkkk!!! Time is running out!!! 

nota kaki: Kerja-kerja di ofis pun perlu diambil kira. Banyak perkara perlu diselesaikan dalam masa terdekat ni jugak!!! hurry up My!!!


11 comments:

Ecah Ecot said...

wah nebesnyeee..ecah lg 7 bulan...ade mase lg kot...tapi...bile idea melambak2, tgok la dh sampai mase nnt msti otak jem..hehe

Anum said...

bestnya..
tahniah

mynameismy said...

@Ecah Ecot

7 bulan? lama lagiii... so bleh la survey2 ape y patut hehe

mynameismy said...

@Anum

hee lum lagi la... :P

Подтверждаю said...

as salam..
oh~ tengok macam pakcik. rileks jer tak fikir lagi pasal kawen2, siapa calon pakcik. kekeke~

keje is keje, kawen tolak tepi dulu, dah tua nanti baru ,enyesal. kekeke~

selama bernikah~ jangan lupa hantar kad jemputan na~

dulu kat kenduri ujang eh?

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

nak kad ;)

tahniah. hope sume preparation berjalan lancar

Ieja said...

dh tak lama lagi..wink wink
kita lagi 6 bulan..tak tau nk start bt apa ni..hehe

Подтверждаю said...

kekadang kan, pelik tengok orang nak kawen ni.
hehe..aneka ragam :p

oh! pernah nampak mai la. masa tu hangpa nak balik dah. hehe. pakcik mai lambat. gerak sekali dengan bro frame stone.huhu~

cik mun said...

tahniah ye^^

mas saari said...

pelan2 kayuh my!
insyallah siap sebelum tarikhnya..

SoLy SoLicious said...

jgn kalut2 ye ^^..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers