9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, August 11, 2011

HARAM MEMBINA BINAAN DI ATAS KUBUR

Malam tadi masa My ke Masjid berdekatan rumah untuk menunaikan solat terawih, sepeti biasa selepas solat Isya’ imam buat tahlil ringkas. Lepas tu sebelum terawih ada sedikit pesanan yang dikongsikan untuk semua jemaah yang hadir. Berkenaan tanah perkuburan yang dibina binaan di atasnya.
Imam tu cakap, adalah haram membina binaan di atas kubur. tak elok sebenarnya. Yela kalau kita tengok di tanah perkuburan terdapat kubur yang di bina binaan seperti simen lepas tu ada ayat al-Quran di sekeliling binaan/simen tu. Binaan yang dibina itu adalah bersifat kekal so boleh menghalang daripada mayat lain di tanam apabila mayat di dalam kubur tersebut telah hancur. So, secara langsung telah menjadikan tanah perkuburan itu sempit dan menghalang orang lain untuk memanfaatkan penggunaannya (menanam mayat lain). Maka sebab itu ia menjadi haram.

Adapun binaan di atas kubur seperti yang banyak kita saksikan sekarang seperti Tajsis kubur (membina tembok dinding dikeliling kubur), dinding pagar dan sebagainya, tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan lain-lainnya adalah antara perkara yang diharamkan.

Hadith Nabi saw riwayat Jabir rh :
 “Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya” (atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulis keatasnya) [hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62, Abu Daud 2/71, al-Nasaai 1/286-284, al-Tirmudzi 2/155, al-hakim 1/370, Ahmad 3/332.339,399 - Dua2 tambahan oleh abu Daud & al-Nasaai, dan yang pertama oleh al-Baihaqi]
Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Umumnya (bab jenazah):
Ertinya: 
“Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”
Katanya lagi:
Ertinya: 
“ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”
Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):
Ertinya: 
“Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Family My sejak azali memang kalau ada kematian kitorang tak pernah pun membina binaan di atas kubur sebab tahu ianya tak elok. Meletakkan batu nisan di atasnya sudah memadai. So, yu ols lepas ni sila pastikan tiada binaan di bina di atas kubur.

Imam tu siap pesan kat semua jemaah lepas ni bagi wasiat kat family kalau diri sendiri meninggal dunia kelak jangan diletakkan apa-apa binaan di atas kubur melainkan batu nisan... sekurang-kurangnya ada batu nisan tu kita tahu di mana ahli keluarga kita disemadikan so bolehlah kita datang melawat kan. haaa... so korang pun bagilah wasiat yang same ye hehe..

Wallahua'lam...

sumber: muzdaliffah

16 comments:

nini said...

akak...saya pernah dengar...orang cakap...letak batu nisan pun tak perlu.....

mas saari said...

sbb tulah kubur arwah abah dan mak akak cuma ada nisan je!

Yanaa said...

ooo..g2 yap..thanx for sharing...:D

zuwaidah said...

hmmm betul tu...kak zu pun biasa dengar...anyway thanks ilmu bulan ramadan

asamasin said...

thx info.. :D

♥ cik kieranaa ♥ said...

binaan mcm gmbr kat atas 2 pon tak perlu la? =='

Anum said...

terima kasih keran berkongsi

solomolo said...

ayah pernah pesan, andai kata kalo dia meninggal, jangan bina apa2 atas kubur... cukupla 2 nisan...

♥NuR SyAFiQah♥ said...

pernah dengar gak pasal info ni ;)

YanaMIB said...

sama la famili yana pn xde nk design2 kubur segala..cukuplah sekadar letak kayu biasa keliling kubur sbb xnk pasir bersepah ke kubur sebelah, pehtu letak la batu2 sungai and tanam pokok² kecik..tu je..lgpun mmg setiap kubur dh ada nombor so xkn xingt nombor kubur ahli keluarga memasing berapa kn..hihi nice sharing~ ^_^

Gee said...

betul2..bagi family gee cukup sekadar batu nisan sebagai tanda..

mynameismy said...

@nininak letak xpe tanak pun takpe at least ade penanda kubur ahli keluarga kita yang..;)

mynameismy said...

@♥ cik kieranaa ♥
tak perlu..;)

Qaseh dalia adelia said...

batu nisan pun dah ok .. hurmmm batu nisan tu pun bg tanda supaya tu kubur kan .. binaan sume tak penting yg penting kita hadiahkan mereka ayat2 suci al-quran

kyu delaila said...

btol2.....

mak pon slalu pesan jgn bina ape2 kt kubur

ape2 pon...nice sharing ^^

Skyliya said...

Maklumat yang berguna..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers