9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, August 4, 2011

DUGAAN BERTUNANG

Orang kata, tahun ni musim kahwin… Betul jugak sebab ramai dah kawan-kawan My dah pun selamat melangsungkan perkahwinan. Sebelum puasa haritu berderet kad kahwin sampai lepas satu satu… Lepas raya ni sambung lagi makan nasi minyak orang kawen hehe… Sampai diri sendiri pun tak menyempat nak kawen tau…-.-’

My selalu tertanya-tanya macam mana ye mereka-mereka (yang dah berkahwin) tu mampu harungi sehingga berjaya ke jinjang pelamin? Macam mana agaknya perjalanan mereka semasa bertunang dulu? Takkan tak pernah ditimpa pelbagai ujian? hurm…

Baru-baru ni kerap sangat dengar orang cerai-berai… Yang kahwin nak bercerai… Yang nak bertunang plak nak putuskan pertunangan. Apakah? Belum pun reda pasal KFCM yang memutuskan pertunangannya dengan Elia, tiba-tiba dengar plak desas-desus mengenai Ally Iskandar yang juga putus tunang dengan Nur Aishah. Kenapa nak putus? Tak berusahakah? Dah jumpa jalan buntukah? Memang tak boleh diselamatkan lagi kah? Hurm…

Tapi betullah… Bila bertunang ni macam-macam masalah timbul… Dugaan datang bertimpa-timpa… Perkara remeh jadi isu paling besar di abad ini… Emosi memanjang tak stabil… Kenapa agaknya ye?

Bila bercinta semua bahagia… berjanji sehidup semati… Bila dah rasa yakin terus ikat tali pertunangan kononnya bila dah bertunang rasa macam lebih yakin sebab dah terikat dengan suatu perhubungan… Tapi bila dah bertunang perkara-perkara begini mungkin akan datang,

3-5 bulan pertama pertunangan
  • Bangga terlebih sebab dah separa confirm menjadi tunangan orang
  • Terlebih sayang
  • Terlebih bertanggungjawab/mengambil berat
  • Terlebih romantik
  • Terlebih segala-galanya

Itu cerita masa di awal-awal pertunangan… Dalam tempoh itu semuanya nampak manis… Tapi setelah itu semuanya agak hambar… mana tidaknya,
  • Cemburu tak bertempat
  • Hal remeh akan jadi isu utama
  • Kesalahan kecil dianggap terlalu besarEmosi tak stabil. Kalau pompuan doploh ampat jam 7 hari seminggu datang bulan…-.-’
  • Dalam seminggu ada 7 hari… 2 hari je baik, 5 hari lagi gaduh gaduh gaduh…
  • Terlebih ego terlebih emo
  • Mudah terasa a.k.a sikit-sikit merajuk meroyan terutama perempuan
  • Kewangan selalu menjadi antara permasalahan. Bila nak menyimpan time tu lah perlu guna duit untuk itu untuk ini
  • Perancangan perkahwinan selalu jadi isu pergaduhan. Percanggahan pendapat.
  • Hilang perasaan nak berkahwin. Kadang-kadang terbit di hati menyesal bertunang dengan pasangan
  • Selalu minta pertunangan diputuskan
  • Orang ketiga???

Begitulah antara dugaan sewaktu bertunang. Seram tak? Pada siapa-siapa yang sedang atau pernah bertunang je yang mungkin akan mengiyakan point-point di atas sebab… si penulis ni pun dah bertunang!!! -.-’ Dan My akui… My dan enchek tunang sering melalui perkara-perkara remeh di atas…

Biasanya kami bergaduh hal-hal remeh yang tak masuk akal… Berlarutan sampai benda tu jadi isu besar… Nak nak plak bila masing-masing tak mahu mengalah lagi-lagi My. Ego jangan cakaplah punyalah tebal… Lelaki ni sifat penyabar dia lebih sikit jadinya memang enchek tunang yang paling banyak mengalah dengan My… Kadang-kadang tu My sedar My pernah je buat salah dengan dia… tapi My tak pernah nak mengalah… ego tinggi sangat… haish~

Sedar diri… tapi tetap ulang perkara yang sama… macam mana tu??

Hurm, masa bertunang ni lah sebenarnya masa untuk menguji pasangan sebelum benar-benar layak untuk melangkah ke alam perkahwinan. Masa bertunang ni lah yang akan menentukan adakah pasangan kita tu adalah pasangan yang Allah takdirkan untuk kita. Masa bertunang ni lah nak mengenali sifat sebenar pasangan kita… betul tak?

Dan sebenarnya apa jua masalah yang pasangan bertunang ni hadapi, semua tu datang daripada diri mereka sendiri. Mampu atau tidak je mereka untuk tempuh semua tu. Macam My dan enchek tunang, seyesly sepanjang lebih 7 bulan ni macam-macam dah kitorang lalui… Kalau enchek tunang tu tak terlebih penyabar dah lama dah agaknya kitorang selamat… selamat berpisah. Huhu.. Tapi tu la, penat bercinta 3/4 tahun takkan nak habis macam tu je? Plus, dah bertunang dah kenal rapat dengan kedua-dua belah keluarga. Tak elok lah kan… Frankly speaking, My masih sayangkan hubungan ini…
But then, kalau sesetengah pasangan tu akhirnya membuat keputusan untuk berpisah mungkin mereka dah habis usaha… Mungkin tahap kesabaran mereka dah sampai kemuncaknya… Jalan terbaik? Memutuskan pertunangan… Bagi My, kalau jadi perkara macam ni anggap je dia bukan diciptakan untuk menjadi suami/isteri kita… Dan InsyaAllah suatu hari nanti Allah akan temukan kita dengan calon yang lebih baik… who’s know kan?

As I said, My masih sayangkan perhubungan dengan enchek tunang. So, InsyaAllah selagi kami masih mampu tempuh apa jua ujian dalam tempoh ini kami akan harungi sama-sama. Dear enchek tunang… I love you much… sorry for everything I’ve done… (sila jangan muntah ye korang)… Doakan hubungan kami kekal hingga ke alam perkahwinan dan akhir hayat. Amin…

Bagi yang belum bertunang, jangan rasa takut atau fobia plak ye. Tak salah bertunang tapi nasihat My… jangan lama-lama…;)

Alamak dah panjang sangat entry ni. okbai~

11 comments:

atiqsalleh said...

penat baca.. haha.. siyes panjang... huhuhu

saba tue yang penting.. dan kalau boleh.. banyakkan beralah... hehe...

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

InsyaALLAH. Atul doakan hubungan Kak My dgn Abg Ben kekal hingga ke akhir hayat. AMIN. Jgn selalu gaduh2 ye. Bykkn sifat bersabar. :)

Etong said...

mungkin juga itu cara Allah menunjukkan bahawa dia bukan jodoh kita. mcm2 pandangan org sbb putus tunang ni, tp org yg mengalami n Allah lebih mengetahui :)

kisah gadis stay up late said...

wahh..entry yg menarik..kurang2 boleh tambah pnglaman walau masih budak2 lagi nih..hehe

insyaallah,semoga berkekalan hingga ke akhirnya..bnyakkan bersabar & berdoa..heee ^.^

~syue syada~ said...

ok, xnak tunang lama2 gak lah nanti .. serem la jugak kan ... =='

y u y u Z u l a i k h a said...

takut nyaa nak bertunang :'(

SoLy SoLicious said...

susah nak jaga surau sbelum membina masjid.. paling takut campur tgn org ketiga..mntak dijauhkan,.huhu...mcm sy pulak betunang..ahhaa

beluncas ^.^ said...

tuu lhaa , takod kan dgar cerai2 ,, putus2 tunang neh . alahai ,,, minta dijaohkan daeri sume tuu amin ..

kayrul-shah said...

dugaan bertunang memang kuat..hanya kita dan pasangan jer mampu hadapi..rasanya elok jangan bertunang lama-lama la...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

my pon jangan lelama bertunanggggg....

tamansyurga_87 said...

Salam. thanks atas perkongsian ni. akak bertunang berapa lama? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers