9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, December 16, 2011

Usia Bersara Swasta Dilanjutkan Ke 60 Tahun; pros and cons

Pagi ni masa nak bersiap-siap ke tempat kerja seperti biasa dengar pengacara MHI membacakan keratan akhbar. What??? Sektor Swasta juga akan melanjutkan usia persaraan daripada 55 tahun ke 60 tahun?? demmm... -..- How come ek diorang boleh putuskan untuk melanjutkan tempoh persaraan ni? Adakah mereka lebih banyak melihat kepada kebaikan daripada keburukan?
Pada pandangan My lah... tak perlu kot nak sambung umur had persaraan. Do they really know that apabila dilaksanakan, dijangkakan lebih 5 juta pekerja sektor swasta gembira?? Orang sekarang yang 50++ pun dah tak sabar nak tunggu waktu bersara 55 alih-alih kena sambung plak... boleh jadi depress tawu.. -.-' 

Alasannya adalah melanjutkan had umur persaraan adalah suatu keperluan dan demi kepentingan masa depan bagi menangani kenaikan kos sara hidup selain ianya seiring dengan sektor awam. Adakah anda rasa kebaikannya melebihi keburukan? I don't think so..-.-' Jom kita listdown pros and cons!

Pros
  • Menyumbang kepada ekonomi negara
  • Membantu menghadapi peningkatan kos sara hidup
  • Memberi ruang dan peluang untuk terus bekerja daripada tak buat apa kalau bersara awal
tu je kot??? Anything else guys? please let me know

Cons
  • Produktiviti menurun - buat kerja dah tak efficient
  • Peluang pekerjaan menurun - kalau warga emas masih bekerja, orang2 muda nak kerja apa? graduan di universiti2 awam dan swasta semakin meningkat... kerja berkurang.. -.-'
  • Hubungan kekeluargaan menurun - Dari muda ke tua masa banyak kat tempat kerja. Dapat bersama keluarga hanya waktu malam atau hujung minggu itupun kalau malam balik awal. kalau hujung minggu masih larat untuk bersama keluarga. Jadinya masa untuk bersama keluarga jadi terhad. hubungan kasih sayang menurun... produktiviti melahirkan anak pun mungkin akan berkurang. betul tak? fikirkan
  • Masalah Kesihatan - Kerja kerja kerja... tak ke kena kencing manis? darah tinggi? sakit jantung? Masih nak suruh bekerja? adeh~
  • Mempengaruhi pekerja untuk berhenti awal - For those yang tak sanggup nak tunggu sampai 60 tahun mungkin akan berhenti awal. kebaikannya kepada sesetengah pihak.. pekerja ni tak dapatlah duit pencen ye dakk..?

Ini pendapat den je la kan. tatao la korang macam mana. Mungkin ada diluar sana yang tersenyum gumbira dapat bekerja dengan lebih lama. But for me, tak munasabah. Tidakkah sepatutnya mereka buat kajian dulu sebelum menentukan sesuatu? Buatlah survey ke tanya rakyat.. how many percent yang agree dengan keputusan ini? Am I wrong? I don' t think so...

Nampak gayanya kena buat bisnes sendiri ni. opkos lah den tak sanggup nak tunggu sampai 60 tahun... den sayang keluarga den... bakal anak-anak den woooo... -..-

okbai~

sumber: Berita Harian & Sini

7 comments:

anaztasias nora aira said...

dear, button badge murah nora xtahu dah de kat mana? try mudah.my?

e k i n ♥ y u s r i said...

ekin memg bersara 60 tahun
huhuhuhu
gov...

kayrul-shah said...

lama tue...ramai la org muda akan menganggur nanti

Anum said...

anum amik 60 tahun

mas saari said...

pilih je dulu... tengok pada tahap kesihatan dan kemampuan kita bekerja nanti! kalau diizinkan Allah masih mampu teruskan... kalau tak amik bersara pilihan je!

akak pun amik 60 tahun..

.........cP~ said...

bagus lah. biar orang macam saya ni tak dapat kerja terus. gomen tak nak ambik budak degree sangat, swasta je la harapan. sekarang dah naik pulak. bagus2..saya memang suka menganggur. :) kan?

Rosli Paidin said...

Senangle diaorg,klu kuat kerja tak pe,jgn kuat kipas je!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers