9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, July 1, 2011

AUTOBOTS!!! BERTUKAR!!! | TRANSFORMERS 3 DARK OF THE MOON

Yeay! Dalam pada kekang dengan waktu yang semakin mencemburui diri akhirnya tercapai jugak hajat nak menonton filem Transformers 3 hehe. Semalam balik je kerja terus terjah Big Cinemas kat Brem Mall, Kepong. Nasib baik tiket ada lagi. Beli tiket pukul 9pm punya. Tengok yang 3D lagi yuuuuu… Lepas beli tiket gi pasar malam, lepak-lepak, Maghrib di surau pehtu tonton Transformers sampai lebam! 2 jam lebey kauuuu…
Dahlah tengok 3D, subtitle dengan orang-orang, robot segala semuanya tibul rasa macam depan mata je rasa nak masuk sekali tolong lawan musuh haha. Jom kita review filem aksi ni!

Director
Michael Bay

Genre:
Action

Starring

Shia LaBeouf as Sam Witwicky

Rosie Huntington-Whiteley as Carly Spencer

Josh Duhamel as Major William Lennox

Tyrese Gibson as Robert Epps

John Malkovich as Bruce
Patrick Dempsey as Dylan
Alan Tudyk as Dutch
Ken Jeong as Ken Jeong
Frances McDormand as Marissa Faireborn
John Turturro as Simmons
Karyn Parsons as Erica Banes
Ramon Rodriguez as Leo Spitz

Voice
Peter Cullen as Optimus Prime

Mark Ryan as Bumble Bee

Leonard Nimoy as Sentinel Prime
Hugo Weaving as Megatron
Tom Kenny as Wheelie
Reno Wilson as Brains
Charles Adler as Starscream
Jess Harnell as Ironhide
Robert Foxworth as Ratchet
Frank Welker as Shockwave/Soundwave
James Remar as Sideswipe
Francesco Quinn as Dino
George Coe as Que (credited as "Que/Wheeljack")
John DiMaggio as Leadfoot
Ron Bottitta as Roadbuster
Keith Szarabajka as Laserbeak
Greg Berg as Igor

Synopsis

Transformers: Dark of The Moon merupakan filem aksi ketiga dalam siri filem Transformers. Filem di bawah arahan Michael Bay ini adalah susulan kepada filem Transformers dan Transformers: Revenge of the Fallen.

Siri kali ini mengisahkan Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons dalam Transformers 2, Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem kali ini, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa di mana Decepticons ingin menakluki bumi dan membawa masuk dunia mereka, Cybertron. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky diperlukan untuk menyelesaikan pergolakan tersebut. Teman wanitanya, Carly lakonan Rosie Huntington telah diculik lalu beliau memberanikan diri pergi menyelamatkannya di samping ingin menghalang Sentinel Prime yang bersekongkol dengan Decepticons untuk membawa masuk Cybertron. Dia yang menyangka kawan-kawan Autobotnya telah dibunuh oleh Decepticons apabila melihat mereka dibom di ruang udara tidak menyangka sebenarnya mereka masih hidup dan tidak pernah meninggalkan bumi. Lalu, mereka bersatu demi menyelamatkan bumi daripada ditakluki Decepticon durjana!

Author review:

Filem kali ini membawakan lebih banyak aksi berbanding sebelumnya. Namun bukan sahaja menunjukkan aksi-aksi autobots bahkan mempamerkan semangat juang dan setia kawan! Suweet giler tengok Witwicky dengan Bumble Bee… Menangis Witwicky apabila Bee hampir saja dibunuh oleh Decepticon! Selain itu filem ini turut menyaksikan Witwicky yang terlalu kuat menyintai teman wanitanya, Carly dan kali ini dia tidak mahu kehilangan orang yang dicintainya. Transformers 3 memperkenalkan pelakon baru yang juga model yang tidak kurang hebatnya sebagai watak heroin. Walaupun agak kecewa pada awalnya sebab ketiadaan Megan Fox seperti sebelumnya namun watak Carly juga boleh tahan. Bolehlaaa… ala, yang penting nak tengok autobot beraksi je pun hehe. Namun, yang agak tak berapa gemar sket adalah tempoh masa cerita yang terlalu lama.. 2 jam lebih kauuu… -.-’… Tapi best sangat sebab tengok 3D!!!!! Daripada 5 bintang My bagi 4.95! hehe

Nak tahu apa pengakhir filem ini? Pergila pawagam dan tonton sekarang!!! Tonton 3D oke! berbaloi-baloi…;D

Footnote: Pasni filem apa plak ek… hehe 

6 comments:

puan nina said...

best kannnn =D

mas saari said...

akak tonton esok...tiket dah beli siap2! cuma tak ambil 3D je..

Ujang9897 said...

optimus prime mati woo...

Sunah Sakura said...

macam best la pulakkkkk! huhuhu..

YanaMIB said...

hehe best kan cite ni..my tgk 3D ke?? pehh layann tuu =)

eqbalzack said...

salam..
aah, kena buat logo.
badge abg eq tempah byk so jgn risau ok, next GA boleh join lagi..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers