9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, July 23, 2011

BERIKAN AKU KEKUATAN

Bagaimana harus My mulakan? dari mana? huh.... entahlah... fikiran tengah serabut... Hati tengah tak tenang... sakit... pedih... tertekan... emosi sedang kuasai diri My sekarang... air mata? tak tahu banyak mana dah My keluarkan sejak pagi tadi... 

Ya Allah, berikan aku kekuatan....T_T

Ikutkan seharian tadi My ada program. Tapi dek perkara yang tak boleh My elakkan program tersebut terpaksa My batalkan. Ya Allah betapa sakitnya hati ni Allah je tahu... Susah payah My bangun pagi-pagi lepas Subuh langsung tak tidur. Kelam kabut mengemaskan rumah, mop lantai, cuci bilik air, basuh baju segala... kononnya nanti nak keluar tak sempat nak buat semua tu... Bila dah bersiap tiba-tiba terpaksa batalkan. Ya, My tahu apa jua yang kita rancang tapi Allah yang menentukan adakah apa yang kita rancangkan itu menjadi... Tapi kalau hanya pentingkan diri sendiri tak nak berusaha sedangkan ada jalan... nak serah segalanya pada takdir je ke? Pentingkan diri dan tak fikir langsung tentang perasaan orang lain? 

My tak tahu kenapa My rasa kecewa sangat-sangat... My bukan ego... tapi My terlalu sakit... sangat-sangat... Tapi takde orang boleh faham apa yang My rasa... Takde sape boleh memahaminya... My tak tahu nak mengadu pada sape... Syukur pada Allah My masih waras dan tak bertindak bukan-bukan... Apa yang My mampu buat? menangis.... My minta pada Allah moga Dia kuatkan hati My... Kalau ini bukan jalan untuk My mintak Dia tunjukkan... My penat... penat nak hadapi semua ini sorang-sorang.... Apa lagi patut My buat...T_T

Tak cukup dengan itu, ujian lain pula datang... malam tadi akak sms bagitahu adik My ditahan wad di hospital Melaka sebab suspek apendiks. My ingatkan takde apa-apa tapi tengahari tadi My diberitahu adik confirm kena apendiks dan memerlukan pembedahan segera... My nak pergi tapi My tak terdaya...T_T... kakak jenis apa My ni? My hanya mampu kirimkan doa dari jauh... T_T Alhamdulillah, adik selamat operation. Sekarang masih di wad mungkin esok lusa baru boleh keluar....

Seharian My tak makan... My lapar sangat... Tapi hati My sakit... My tak mampu buat apa-apa pun... Biarkanlah My sendirian.... Biarkan My jaga hati ini sendiri... Biarkan My tenangkan hati ini....

Ya Allah, berikan aku kekuatan....T_T

footnote: Maaf kalau entry ini tak sesuai dipublishkan... 

5 comments:

Raja Syakirah said...

semoga tabah My. insyaAllah..
=')

kalau My rasa susah sangat nak hadapi, berat, hump.. My cuba buat solat hajat 12 rakaat, 3 malam..

=')

insyaAllah, dear

mas saari said...

sabar my...
setiap dugaan dan ujian tu ada hikmahya!

Miss Kira said...

bersabar ya sis..
everything happens for a reasons..
;)

CikPuan Fara said...

kuatkan semangat ye sis :) buat solat hajat minta dipermudahkan semuanya. Allah swt tak menguji diluar kemampuan hambanya.. Wallahualam.

Wanie Ghazali said...

be strong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers