9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, July 3, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN 03 JULAI 2011 PUSINGAN KEDUA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014

Petang ini merupakan berlangsungnya perlawanan timbal balik di antara Malaysia dan Taiwan aka Chinese Taipei. Perlawanan Pra Kelayakan Piala Dunia 2014 ini dijadualkan berlangsung jam 6.45 petang waktu Malaysia. 

Jika dilihat daripada perlawanan pusingan pertama sebelum ini di Stadium Bukit Jalil pada 29 Jun yang lepas, Malaysia mendahului dengan memperoleh jaringan 2-1 hasil sepakan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan untuk Malaysia manakala Chen Po Liang menghadiahkan satu jaringan untuk Taiwan. 

Walaupun Malaysia mendapat kelebihan jaringan namun harus diingat bahawa mereka tidak boleh terlalu yakin ketika bermain. Lebih-lebih lagi kali ini mereka bertarung di Taiwan.. Taiwan sudah pastinya akan bermain dengan bersungguh-sungguh di tempat sendiri untuk tidak menghampakan penonton-penonton mereka! Jadi Malaysia harus peka! jangan lalai dan bertahan sehingga ke akhirnya!

InsyaAllah, kalau Malaysia berjaya menewaskan Taiwan malam ini, mereka akan bertemu dengan Singapuran pada 23 dan 28 Julai nanti.. Mampukah Malaysia? Sama-samalah kita berdoa. Dengarnya Safee Sali mengalami kecederaan.. adakah beliau terpaksa direhatkan?? Takpe, kita kena yakin bahawa Malaysia punya ramai pemain-pemain harapan.. Tanpa Safee Sali pun InsyaAllah kita mampu menewaskan Taiwan!!! Yakin boleh! Tapi harap-harap Safee Sali adalah hendaknya.. bagi Taiwan gerun sket hehe.

Apapun, jangan lupa saksikan petang ini jam 6.45 pm!! Sama-sama kita sokong industri bola sepak Malaysia!!!! ho yeh...

Goodluck Malaysia!!!;)


*********************************************
UPDATED!

Sekarang jam menunjukkan pukul 6.58ptg.. Game baru nak bermula.. perghhh nebes!!! Come on Harimau Malaya!!! U can do it!!! Nampaknya Safee Sali terpaksa direhatkan. Takpe-takpe Idlan Talaha pun ada... Doakan yang terbaik untuk mereka!


ho yeh!!!! Gol pertama daripada Malaysia!!! Jaringan Aidil Zafuan pada minit ke-7!!!! 


Demmm!!!! Taiwan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Chang Han!!!! 


Whoooo!!!!!! he did it!!!! saya bangga jadi anak Malaysia!!! Jaringan ke-2 untuk Malaysia oleh Safiq Rahim!!!! lap u Mesia!!!


God!! Kad kuning yang diberikan kepada Mahali memberikan sepakan penalti kepada Taiwan  dan berjaya menyamakan kedudukan!!! **pengadil macam berat sebelah jek..-.-'


Seyesly bengang betul tengok bola malam ni!!! Kerana kesalahan yang tak masuk akal Sarbini dikenakan kad kuning! Xavier Tsan Yuan berjaya jaringkan gol ke-3 penalti menjadikan kedudukan seri 3-3!!!!!!


Tamat sudah permainan dengan penyamaan gol 3-3... Permainan malam ni tak besh sebab pengadil nampak sangat berat sebelah grrr... Walaupun Malaysia tidak berjaya mengalahkan Taiwan tapi Malaysia layak ke pusingan seterusnya untuk menentang Singapura!!!!


Kita tunggu dan lihat sahaja nanti!;)

MALAYSIA 4 - CHINESE TAIPEI 4




2 comments:

Nik Thoha said...

selamat berjaya kepada pasukan malaysia..buat yang terbaik..:)

mas saari said...

akak pun benggang tengok tadi..
sakit tekak jerit2! pengadil memang berat sebelah..

walaupun berjaya ke peringkat ke 2 tapi kemenangan sangat tipis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers