9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, July 19, 2011

JUVANA (TV3) EPISOD AKHIR | SUSPEN!!!

My menghadapi saat-saat mendebarkan apabila menyaksikan episod finale Juvana di TV3 bermula 9 pm tadi. Sewaktu Masa berbaki kurang 15 minit je lagi tertanya-tanya entah apa kesudahannya. Ingatkan bila diorang dah lari kat pagar siang tu dah nak ending dah sekali masuk lokap balik daaaa... Daim habis kena tikam dek Botak nasib tak mati, Cikgu Zakiah tak putus asa untuk memujuk Botak supaya sedar daripada terus melakukan kesilapan. Nasib kau pakar saiko kalau tak mahu kena rogol..-.-'


Setelah gagal untuk meloloskan diri buat kali pertama, mereka yang dikurung dalam lokap tidak putus asa, berusaha mencari jalan untuk keluar... Lebih-lebih lagi apabila Warden Raja menelefon polis dan mereka-reka cerita bahawa pelajar membuat rusuhan. Sementara Cikgu Zakiah dikurung ditempat lain di jaga oleh Botak dan Cikgu Azmee, mereka yang berada di lokap cuba memprovokasi Tony, pengawal keselamatan supaya dia marah dan membuka pintu lokap. Tony dengan mudah terpedaya, marah  dan terus membuka pintu dan padahnya, kena belasah dengan mereka.


Sementara itu usaha Cikgu Zakiah untuk mempengaruhi fikiran cikgu Azmee dan Botak mula mendatangkan hasil apabila Cikgu Azmee terpujuk untuk pergi melihat Warden Raja yang dikatakan ingin melarikan diri. Cikgu Zakiah hampir dapat memujuk Botak sebelum dipanggil oleh Warden Raja untuk membawa Cikgu Zakiah keluar dari bilik.


Semasa Warden Raja sedang membakar barang-barang bukti, Botak mengacukan pisau di leher Cikgu Zakiah... Polis tiba... Tak semena-mena Warden Raja terus melulu ke arah polis dan mengarahkan mereka menangkap kesemua pelajar. Seperti yang disangkakan Warden Raha turut mengheret nama Botak sebagai 'kepala' kepada semua yang berlaku. Botak tergamam.. melepaskan pisau dan rasa menyesal menyelubungi diri.. Namun, nasib tidak menyebelahi Warden Raja apabila Cikgu Ariffin bersama Gaban tiba-tiba muncul bersama polis. Rupa-rupanya mereka terlebih dahulu sampai kepada polis dan menceritakan hal sebenar. Sebelum mereka di bawa ke balai polis Botak sempat meminta maaf kepada Cikgu Zakiah dan semua kawan-kawan. Cikgu Zakiah dan Daim berjanji akan memberikan kenyataan yang positif supaya Botak dibebaskan.
Daim akhirnya dibebaskan setelah dibuktikan bahawa dia tidak bersalah membunuh Ibunya. 10 tahun kemudian... Cikgu Zakiah masih menerajui sekolah Wira Bakti.. Banyak kenangan yang diperolehnya sejak berada di Sekolah tersebut...


Apa jadi kepada yang lain-lain?? Daim menjadi tenaga pengajar di Wira Bakti... Manakala...


Apek: Tokoh Korporat
Botak: Peninju Asia
Kicap: Pengurus Restoran
Ayam: Suami Berjaya Anak 8
Gajah: Pengurus Zoo Negara
Abe: Pelakon Terkenal
Panjang : Model Majalah
Komeng: Pengawal Keselamatan Sekolah Wira Bakti
Gaban: Juara Motocross

Wahhhh semuanya berjaya..;D



Lepas ni Supermak plak!! Moga memberi impak Maksimum sama seperti Juvana hehe. Tahniah kepada pengarah, Khabir Bhatia untuk Juvana yang mencapai lebih 2 Juta penonton!!!


Jumpa lagi Daim, Botak, Apek, Ayam dan semuanya!!!;)

6 comments:

fiq. said...

dah habis, hero malaya jadi cekgu plak =D

Ku Azhar said...

sabo kak sabo! :D

aimaniman said...

klako aa cigu daim.. tuw aa citer m'sia.. abis jahat jd baik.. abis baik jd jahat x suspen.. yg sidaim tuw kene tusuk pisau pon x pengsan2 banyak darah kluar.. isshh x payah ikat2 pon cam citer inggeris kan..

mas saari said...

yang tak tahan si Ayam tu, jadi Suami Yang Berjaya Anak 8...hehehee

CikPuan Fara said...

hahaha paling kelakar yang ayam jd suami anak 8! buat saya gelak sensorang je kat opis ni heheh~

kayrul-shah said...

terbaik la ending juvana malam tadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers