9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, July 25, 2011

DRAMA SUPERMAK SLOT AKSI TV3

Drama Juvana telah pun melabuhkan tirainya minggu lepas dengan ending yang tidak mengecewakan. Minggu ini bermulanya episod baru Slot Aksi di Tv3 jam 9 malam yang berjudul Supermak. Dalam Slot Aksi kali ini Nasha Aziz akan membawakan watak utama sebagai Amy Salim a.k.a Supermak yang mempunyai kuasa dan kekuatan luar biasa, diwarisi daripada nenek moyangnya dari kepulauan Riau. 

Keturunan Amy memperolehi kuasa luarbiasa ini apabila nenek moyangnya yang bernama Thani menyelamatkan seekor burung garuda yang tercedera terkena panah sakti. Setelah diselamatkan, burung garuda itu bertukar menjadi seorang wanita yang sangat jelita umpama bidadari. Sebagai membalas jasa kepada Thani, burung garuda tersebut menganugerahkan 5 kuasa sakti kepadanya dan diperturunkan ke generasi seterusnya sehinggalah diwarisi oleh Amy.

Amy kini telah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (Ayesha dan Amri) hasil daripada perkahwinan itu. Walaubagaimanapun Amy terpaksa menyembunyikan kuasa yang dimilikinya daripada pengetahuan suaminya, Rees yang juga seorang anggota polis. Watak antagonis yang tak sah kalau takde dalam sesebuah drama dipegang oleh Zul Yahya yang membawakan watak sebagai Bashar yang juga merupakan musuh tradisi keluarga Amy dari keturunan riau. Bashar mengganggu kebahagiaan keluarga Amy dan semua orang gerun kepadanya kerana kekuasaannya membakar musuh sehingga menjadi debu.

Selain watak Bashar,terdapat juga watak lain dari keturunan sama iaitu Camelia lakonan Zara Zya yang mempunyai kuasa ais, Khalil lakonan Syawal mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi lakonan Henzy Andalas mempunyai kuasa menjadi halimunan. Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy untuk mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.

Bagaimanakah pertarungan antara mereka? Siapakah yang berjaya mendapatkan pecahan pingat tersebut?? Jangan lupa saksikan setiap malam Isnin jam 9 malam di Slot Aksi Tv3!!!;)

3 comments:

Farah Alyaa said...

tgh tgk citer ni...:)

eyjalukman said...

alaaaa ,
tkde TV nk tgk :(

CikPuan Fara said...

da tgk cerita nih semalam.. tapi rasanya cerita cenggini tak minatlah. sebab pada fara tak berapa logik heheh ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers