9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, July 12, 2011

MELAYU MUDAH TERPEDAYA

Antara topik awal yang dibincangkan pagi ini di Malaysia Hari Ini… “Skim Cepat Kaya” di mana ianya menjadi isu yang tak pernah luput sepanjang tahun oleh masyarakat terutamanya di kalangan Melayu.
Opps sebelum terlupa… Assalamualaikum korang hehe.. hari ini rasa lebih lega. Semalam berpuasa jadinya akal gagal berfungsi dengan baik makanya hanya berjaya menghasilkan satu entry manakala selebihnya hanya mengarut semata-mata..-.-’

Ok kita berbalik pada tajuk utama… Dari dulu lagi seringkali kita dengar mengenai Skim Cepat Kaya ni kan? walaupun sudah berkali-kali disebut-sebut, diwar-warkan di media mengenai penipuan skim cepat kaya ni tapi masih ramai yang menjadi mangsa.. kebanyakannya Melayu plak tu… yang dok terpedaya ni bukannya orang-orang kampung yang tak celik IT tapi orang-orang berpelajaran tinggi yang berpangkat besar…

Macam mana ini boleh berlaku? Nak kata kurang pendedahan rasanya nowadays teknologi canggih manggih internet pun senang dapat bohonglah kalau tak tahu agenda-agenda penipuan ni kan. Dah nampak ramai yang terkena pun masih ada yang menjerumuskan diri ke kancah skim cepat kaya…

Alasannya? ‘menatang yang aku join ni lain.. tak tipu orang.. tak makan duit orang..’ Begitulah antara hujah-hujah yang diberikan jika dinasihati. Pelik betul lah senang sangat nak percaya… Ni semua tak lain tak bukan sebab nak cepat kaya… sebab mata duitan senang citer. Yela sape yang tak suka ada duit banyak boleh beli kereta besau rumah besau segala kan kan… Tapi betul ke cara yang y’ols buat ni? Mana ada orang tanpa usaha tanpa bekerja keras mampu menjadi kaya raya dalam sekelip mata? Lainlah kalau y’ols menang loteri papp! Mengena hamik kauu 500,000 ribu dalam tangan. Haippp loteri-loteri jangan main naaa harammmm!

Kalau betul pun y’ols akan mendapat pulangan dengan modal yang y’ols sumbangkan pada mulanya tapi betul atau tidak y’ols tidak akan dapat pulangan yang sama? Ok let say y’ols bermula dengan $10,000… for sure y’ols akan dapat balik dalam 5,6 ribu je… Kononnya… ‘sabar laa… awal lagi… mula-mula memang macam ni… slow slow dulu… akan datang dapat lagi…’… wakluuuu… Sampai bila? Peh tu y’ols tak dapat tarik downline huh amik kauuu putih mata.. lama-lama y’ols bosan dan makan diri sendiri… yang kenyang??? Upline y’ols! Ada da pandang y’ols-t’ols yang kecundang ni?? kirim salam… setakat menanam tebu dipinggir bibir je laaaa

My bukan apa, sebelum ni My dah ada beberapa kawan yang join menda-menda macam ni terutamanya MLM… Dulu masa diploma ada sorang member lelaki ni sampai hilang kawan hilang tumpuan pada pembelajaran, sebab apa? Sebab sibuk dengan MLM… Asal malam je hilang… pagi nak ke kelas? Mata sembab badan dah flat yela tak cukup tidur! Sampai masa yang selalu dihabiskan dengan kawan-kawan pun dah takde! Bila kawan-kawan semua sambung degree dia buat hape? Berjuang dengan MLM nye yang entah ke mana. Memang pada awalnya kami tengok dia bersungguh-sungguh sampai naik jadi upline untung beribu-ribu… Tapi sekarang? Dah tak tahu ke mana. Dengarnya dah mencari kerja dan tak join lagi MLM tu.

Time degree plak, beberapa kawan yang memang My rapat sejak Diploma. My dapat tahu diorang dah terjerumus dalam MLM… Asal malam hilang.. pernah My tanya diorang ke mana.. katanya jumpa kawan-kawan pergi dengar talk.. My tanya lagi… MLM ke? Dia nafikan… bukan katanya. Sebab diorang tahu My kalau benda-benda macam ni memang pantang. Tak suka! Biarlah orang kata apapun, betul atau tidak.. My tetap tak percaya! Biarlah menanah mata ni lihat kekayaan kawan-kawan dek penangan MLM tapi My tetap tak akan sesekali join!

Orang yang terjerumus dengan MLM ni sampai masanya bila dia dah sampai tahap terlalu obses mahu menjadi kaya selepas dengar hujah-hujah orang yang dah join tu… akan berubah daripada menjadi seorang yang tak pernah meminjam duit orang dengan melakukannya! Ini betul sebab My sendiri yang alaminya. Kawan yang kononnya tak join MLM tu yang jarang-jarang nak tanya khabar tiba-tiba sms… nak pinjam duit katanya.. what the fish??? Selama bertahun-tahun kawan dengan dia tak pernah sesen pun pinjam duit dengan kawan-kawan then now? Apa dah jadi? Sejak bila kau jadi muka tak malu pinjam duit dengan orang ni? Nak plak kena dengan My yang memang pemurah ni…
know what? Mula-mula My ingat dia takde duit nak bayar yuran pengajian… Kebetulan masa tu My ada duit lebih jadi My katakan pada dia My boleh bagi dalam $500 je. Then dia oke… Sebelum My sempat bank in pada dia ada sorang kawan ni call dok tanya ‘ada tak si polan tu cari kau nak pinjam duit?’ Oh God rupanya dia nak pinjam dengan semua kawan-kawan dia! Baru My terfikir entah-entah dia join MLM. At last My bagi juga dia pinjam sebab dah janji pada awalnya kan. Tapi My bagi dalam $300 je dan My siap cakap kat dia tolong bayar sekian-sekian date sebab My nak guna kononnya.  

My nak jumpa dia nak ‘basuh’ dia tapi bila ke rumah dia (menyewa) tak pernah ada… Kebetulan sorang lagi kawan serumah dia juga kawan baik My pun dah mula terjerumus. My sendiri jumpa dia di rumah and slow talk kat dia… Dia yang tak pernah pinjam duit orang pun dah start buat muka tak malu pinjam sana sini… My marah dia My cakap kat dia mana pergi kawan My yang dulu? Yang selalu ada masa untuk makan sama-sama shopping sama-sama?? My tanya pada dia tak fikir mak ayah ke? Mak dia dah kata jangan join benda-benda tu tapi dia berkeras.. My cakap lagi ‘sejak bila kau jadi muka tak malu pinjam duit kat orang ni’????

At last, dia menangis… Dia kata dia sedar dia dah banyak berubah semata-mata nak duit. Thanks God belum sempat dia laburkan sesen duit pun dia dah surrender dan tak join dah MLM tu. Member yang pinjam $300 kat My tu dah pulangkan duit. Tapi sampai ke sudah dia tak mengaku dia join MLM… fine…

Trust me… tak ke mana lah korang kalau masuk benda tu. Korang tahu ke benda tu halal ke haram? Dapat duit sekelip mata? Itupun duit orang lain??? Elok sangat la tu? Orang lain bekerja keras mencari duit Korang senang-senang nak duit? Come on laaa… Fikir guna akal… Korang takkan ke mana… Cepat atau lambat… one day korang akan jatuh jugakkk… Hutang kereta mahal yang korang beli sape nak bayar??? Jawab sendiri!

Pada adik-adik yang belajar kat kampus tu… beware! My makan garam dulu so My tahu apa yang korang akan hadapi… Mungkin lebih hebat lagi. Ingatlah nawaitu korang masa nak masuk U dulu… Nak belajar sungguh-sungguh… nak banggakan mak ayah kan? Nak kerja baik-baik kan?? Jadi… Jangan terpesong dari niat yang sebenar… Berhati-hatilah apabila berkawan… Jangan mudah terpedaya…

Sekian~


8 comments:

Ujang9897 said...

aku pun buat MLM..dan bersepeh dah MLM yang merepek.., zaman2 u kolej yg memburuk kan MLM compny yg dok mintak rm2000 tu..hihi

lps tu MLm yg mintak 10k tu..


itu yg memburuk kan MLM..('',)

kim heeruul said...

tak pernah tahu pon pasal MLM nie..
bende tu dekat U je ke ada..?

Qaseh dalia adelia said...

hurmm .. takut aih terjebak dgn penipuan bisnes neh

Diana @ bilakukatacinta said...

tulah..mane ade org kaye ngan mudah sgt...

Sunah Sakura said...

usaha la sikit2...jangan nak cepat aje kannn...

YanaMIB said...

aish jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..yup yana and ujang pn join MLM..tp bkn yg nipu duit modal ribu riban or skim cpt kaya tu..ni sah punya MLM..hihi~

dorg ni klu nk join sesuatu MLM better wat survey la..check dlu background company, profit tahunan, berapa lama dh company tu berthn, marketing sistem etc..klu jwpn kukuh br bley join..=)

KAMIHIDUP said...

walaupun dah macam-macam orang kena tipu, tetapi masih ada lagi yang tertipu.

Admin said...

bukan semua MLM tu Skim Cepat Kaya.
Yang paling penting kena research dulu. Kena ada 4 pekara yang penting.

1. Company tu kerajaan endorse tak. Kalau x, bahaya la tu.

2. Company tu dah tubuh lama? Yang baru tubuh tu boleh abaikan je.

3. Status kewangan yang kuat? Kalau boleh carilah yang sudah ada listing dalam share market.

4. Sistem MLM tu kena keluarkan wang yang banyak? atau sistem itu kena jual product yang mahal?
Hanya kalau anda bagus dalam jual barang, kalau x.. baik anda pilih MLM yang x yah jual product.

Biasanya, MLM hanya pass 4 category sahaja. MLM yang famous. Amway.. pun pass 3 sahaja.

MLM yang saya join tu memang ok. Dah untung beribu-ribu hanya buat sharing kat orang sahaja. X de product pn. Ribu-ribu tu setakat ni jer, target saya berpuluh-puluh ribu tiap-tiap bulan.

Yang menarik tu sistem ini :

1. Kerajaan Endorse - kerajaan sendiri adalah separuh dari share holder company.

2. Company dah tubuh lama - 195 Tahun! sejak 1816!

3. Status Kewangan? list dalam CNNmoney.com pada kedudukan top 20. Kuat x? Petronas pun nombor 100 lebih je...

4. Jual product @ investment yang banyak?
x de apa product untuk jual pun. Kalau x ikut sistem dah lah untung 80k. Ikut sistem, RM140,000 dah free masuk account.

Ramai orang rugi banyak dalam MLM sebab dah join MLM yang x betul. MLM x perlu banyak, yang bagus tu 1 dah cukup.

sesiapa yang memang berminat tu boleh lah email saya.

myneo85 (at) gmail (dot) com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers