9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, July 19, 2011

MALAYSIA VS CHELSEA LIVE STREAMING 21 JULAI 2011 | ASIA TOUR 2011

Seperti yang dijadualkan, Khamis ini 21 Julai merupakan perlawanan ketiga bagi Asia Tour 2011 si Stadium Bukit Jalil di mana bakal menyaksikan Malaysia bertemu lagi dengan Chelsea sejak 2008.

Dua perlawanan sebelum ini tidak menyebelahi Malaysia apabila dibedil 0-4 ketika menentang Arsenal dan 6-3 ketika menentang The Reds, Liverpool. Namun My percaya kekalahan itu dianggap satu semangat buat semua pemain untuk lebih bersedia menghadapi Singapura minggu hadapan.

Kalau dilihat pada rentak perlawanan ketika Malaysia bertemu Liverpool baru-baru ini tidak kurang hebatnya. Safiq Rahim berjaya dengan mudah sepakan percuma ke arah gawang dan selepas kemasukan Safee Sali dilihat anak muda itu begitu semangat melepasi benteng pertahanan Liverpool langsung menjaringkan gol. Ketika Malaysia hampir menyamakan kedudukan apabila berada dekat dengan kedudukan 3-4 namun nasib tidak baik di saat-saat terakhir The Reds berjaya menjaringkan 2 lagi gol.

Walaupun tewas syabas diucapkan kepada pemain Malaysia, sedikit sebanyak mereka boleh jadikan perlawanan ini sebagai pengalaman paling berharga selain dijadikan sebagai latihan persediaan bagi mental dan fizikal untuk menempuh kejayaan di masa akan datang.

Apapun, jangan lupa saksikan perlawanan di antara Malaysia dan Chelsea Khamis ini 21 Julai!!! Kalau nak pergi Stadium Bukit Jalil pergi ke ticketpro untuk pembelian tiket!

Tak dapat tengok live? Kenapa risau? Streaming kan ado… heheh

Stay tuned!!



Free desktop streaming application by Ustream


2 comments:

mas saari said...

harap Malaysia berjaya jaringkan gol..

KAMIHIDUP said...

oh chelsea, jaga dengan freekick shafiq rahim. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers