9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, July 8, 2011

LITAR LUMBA HARAM BERTUKAR LITAR BERDARAH

Subhanallah… dah lihat berita hari ini y’ols? Akibat padah berlumba, 4 maut apabila motosikal bertembung… Kejadian sadis ini berlaku di jalan raya yang dalam pembinaan di Kampung Banggol Chica di sini, ia dijadikan litar lumba haram sebelum bertukar menjadi litar berdarah. Mereka yang terbunuh adalah berumur 17 hingga 21 tahun
Dikatakan keempat-empat mereka berlumba pada jam 6.45pm sambil disaksikan kira-kira 50 penonton dari kampung berhampiran. Kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang laju oleh Mohd Fikri tiba-tiba meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan Abdul Muhaimin juga menunggang jenis motor yang sama yang ketika itu berlumba sesame sendiri hilang kawalan lalu bertembung dengan dua motosikal Yamaha 125Z ditunggang Mohamad Amirul Afiq dan Raja Ahmad Muzammil. Keempat-empat mayat tersebut dibawa ke hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing untuk dikebumikan pagi semalam.

Menurut saksi yang juga sahabat baik Mohd Fikri berkata sebelum kemalangan suasana di litar berkenaan riuh rendah bagaikan pesta apabila lebih 50 penonton bersorak melihat keempat-empat remaja berkenaan berlumba. Suasana riuh rendah bertukar sepi apabila melihat kesemua mangsa terbaring kaku dan darah memenuhi permukaan jalan setelah motosikal Mohf Fikri meletup sebelum terbakar menyebabkan dua motosikal itu tidak dapat dikawal dan bertembung dua motosikal Yamaha 125Z dari arah bertentangan.
Menurutnya lagi, Lokasi kemalangan itu memang menjadi kegemaran remaja berlumba motosikal. Biasanya pada hujung minggu ia meriah dengan kehadiran remaja dari kampung-kampung berhampiran. Sementara itu, Ketua polis Daerah Pasir Mas mengesahkan kemalangan maut itu dan dipercayai bahawa remaja berkenaan berlumba sebelum kemalangan berlaku. Hanya Raja Ahmad Muzzammil memiliki lesen memandu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

*************************************
Nau’zubillah… Sekelip mata je Allah tunjuk… Bila dengar kemalangan maut ni My teringat satu kisah beberapa tahun dulu daripada sebuah Mastika ada seorang sahabat menceritakan 2 orang rakannya yang maut ketika berlumba ketika Maghrib. Beberapa minit sebelum kejadian, 2 sahabatnya itu telah mempermainkan laungan azan apabila salah seorangnya bermain gitar sebelum seorang lagi berseloroh supaya dia memainkan gitar mengikut laungan azan, yang bermain gitar pun segera memetik gitar sambil mereka mengiringi dengan hilai tawa… Akhirnya, mereka mati serta-merta ditempat kejadian selepas itu…

Buat adik-adik di luar sana, jadikan ini sebagai pengajaran… Takde faedahnya melakukan aktiviti seperti ini. Minat?? Kalau minat buat secara halal pergi ke track perlumbaan yang dibenarkan. Kepada ibu bapa, pantaulah setiap pergerakan anak-anak anda sebelum perkara-perkara tidak diingini seperti ini berlaku…

Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. Al-fatihah~ 

3 comments:

shaffique said...

tak pasal2x je meninggal, padahal muda lagi tu. kesian dekat mak bapak arwah.


My latest entry : Perkara Yang Tak Pernah Terjadi Dalam Hidup, Hanya Dalam Filem

Amni said...

ya allah... kesiannya la... sedihnya la mak ayah dorang...=( kadang anak suka buat something tanpa fikirkan orang tua...

zuwaidah said...

kasihan kat mak bapak ler...sedih kehilangan anak, lepas tu orang mengata mcm2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers