9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, July 7, 2011

[REVIEW] MONTE CARLO

Malam tadi My keluar tengok wayang. Since last 2 weeks dah janji dengan kawan sorang ni nak belanja tengok wayang. So, that is the time! Balik je kerja segera mandi, solat dan bersiap-siap. Around 8 suku macam tu keluar, Fery datang amik hehe. Fery tengah semester break sekarang ambil Master kat UiTM. Rumah nenek dia selang beberapa rumah je dari rumah My and dia pun memang stay situ cuti-cuti ni. Tapi susah betul nak jumpa hehe.

Tengok wayang kat The Curve, thanks God nasib baik sempat masuk movie pukul 8.45pm, Monte Carlo!! Fullhouse! Duduk seat paling bawah oke.. sakit kaki tengkuk segala…-.-’ Apapun layan jek movie tu selama 109 minutes! Apa lagi jom review! 0_o

Directed By

Genre
Romantic Comedy

Starring
Selena Gomez as Grace Bennett / Cordelia Winthrop-Scott

Leighton Meester as Meg Kelly-Bennett

Katie Cassidy as Emma Perkins

Pierre Boulanger as Theo

Luke Bracey as Riley

Cory Monteith as Owen

Synopsis

Mengisahkan mengenai Seorang gadis, Grace lakonan Selena Gomez yang baru menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi. Sejak beberapa tahun lalu beliau menyimpan wang di dalam tabung dengan impian untuk ke Paris. Selepas tamat pengajian ibu dan bapa tirinya menghadiahkan percutian ke Paris tetapi bukan sahaja ditemani sahabat baiknya, Emma lakonan Katie Cassidy malah akan turut sama adalah kakak tirinya, Meg lakonan Leghton Meester. Walaupun telah dibantah oleh Grace untuk tidak membawa Meg dan ditolak juga oleh meg untuk turut serta namun dia terpaksa akur kerana menurut bapanya sejak kematian ibu, Meg lebih banyak menghabiskan masa di bilik dan tidak gembira.

Percutian yang disangkakan ‘first class’ terbukti tidak seperti yang disangka. Di Paris, mereka telah diberikan suit bilik yang tidak selesa dan waktu yang diberikan sangat terbatas untuk melawat setiap tempat. Sehinggalah pada suatu hari secara tidak sengaja mereka telah ditinggalkan oleh travel bas yang dinaiki sepanjang percutian. Mereka bergaduh sebelum berjalan mencari hotel penginapan namun tidak berjumpa. Dalam hari hujan mereka berteduh di dalam sebuah hotel (Hotel De Paris) dan memasuki toilet hotel berkenaan.

Grace menangis di dalam toilet kerana rasa bersalahnya mencadangkan percutian ke Paris yang tidak seindah disangka. Meg dan Emma berada di depan cermin di luar toilet sebelum masuk seorang perempuan, Cordelia juga lakonan Selena Gomez yang sedang bercakap di telefon. Meg dan Emma terdiam dan memandang sesama sendiri sambil mendengar perbualan Cordelia yang mengatakan mengenai majlis charity yang sepatutnya dihadiri. Selepas Cordelia keluar, Grace yang baru keluar dari toilet pelik dengan Meg dan Emma yang seboleh-bolehnya menyakinkannya bahawa rupa Grace seiras dengan wajah perempuan tadi (Cordelia).

Grace tidak mempercayai kata-kata mereka sehinggalah mereka keluar daripada toilet menuju ke arah lobby terserempak dengan setiap pekerja hotel yang menyangkakan beliau adalah Cordelia. Kerana terlalu penat dan lapar Grace berpura-pura mengaku dia adalah Cordelia. Malam itu mereka menghabiskan masa di bilik Cordelia sementara Cordelia keluar entah ke mana. Semasa mahu meninggalkan hotel pada keesokan paginya akibat tertidur mereka telah dikerumuni oleh paparazzi yang menunggu di luar hotel. Akibatnya mereka terpaksa menaiki Limo milik Cordelia dan tidak tahu ke mana arah tuju sebelum menyedari bahawa mereka dalam perjalanan untuk dibawa ke Monte Carlo.

Percutian yang sebelum ini tidak indah disangka kini berubah apabila mereka tiba di Monte Carlo. Dengan menjadikan Grace sebagai Cordelia mereka berjaya menikmati percutian yang menyeronokkan sehingga Grace bertemu Theo, seorang jejaka Perancis… Meg bertemu dengan Riley perantau dari Itali dan Emma bertemu dengan seorang Putera Raja yang kaya seperti diimpi olehnya untuk memiliki kehidupan yang mewah. Mereka menikmati hari yang cukup indah apabila Grace telah jatuh cinta denga Theo, Meg sangat gembira bersama Riley manakala Emma tersedar apabila bersama Putera Raja berkenaan bahawa bukan kemewahan yang dia cari… Dia mula merindui kekasihnya yang ditinggalkan di Texas, Owen.

Apakah yang akan terjadi sekiranya penyamaran mereka terbongkar? Adakah Theo akan menerima Grace sekiranya dia tahu Grace adalah bukan Cordelia? Adakah Meg akan bersama Riley akhirnya? Adakah Emma akan bersama Putera berkenaan atau kembali ke pangkuan kekasihnya Owen? Adakah Grace, Emma dan Meg akan saling membenci kerana mereka seringkali tidak ada sefahaman sebelum ini?

Saksikan Monte Carlo di Pawagam berhampiran anda hari ini!

Author’s opinion

Filem ni best! Kelakar… rasa sweet pun ade hehe. Selena sangat comel hero-hero dia pun not bad! Jalan cerita oklah But the main cerita is more to Penyamaran mereka di mana Grace sebagai Cordelia yang dijadualkan akan berada di majlis lelong rantai milik Cordelia bernilai jutaan dolar instead of cerita mengenai percutian mereka. Plus, banyak mengisahkan mengenai persahabatan dan percintaan. Adakah percintaan yang ditemui di Monte Carlo itu kekal hingga akhirnya kenalah y’ols tengok sendiri hehe… Sesuai ditonton oleh perempuan-perempuan yang suka tangkap cintan mahupun lelaki-lelaki romantic..;D Untuk rating filem ini My bagi 4.5 out of 5!!! 

6 comments:

~syue syada~ said...

4.5 ? macam best ..hehe

harrazdani said...

belum berkesempatan menonton citer ni...tp tgk dari review yg cik my buat ni cam best jer....;)

fa said...

nampak mcm best je story cerita ni.. ^^

nazirulhazwan~ said...

selena, kenapa bibir yang ko pilih, dem!!

xmo la tgk, cm tak kene ngan jiwa jer:)

saharinasaharudin said...

mcm best mvie ni.

cik mun said...

macam bes je..nak gi tgkla..


jom komen entry saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers