9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, July 20, 2011

BOSAN BEKERJA

Assalamualaikum..

Sehari dua ni terasa semakin ketandusan idea nak mencurahkan rasa di belog ni. So, lebih banyak berblog walking daripada berblogging…-.-’…

Bizi dengan kerja di office? Tak jugak… Kalau all the time mengadap kerja tak elok jugak… So, adakalanya My selingkan dengan membaca apa-apa yang berbentuk ilmiah… paling malas pun baca la gosip-gosip terkini lagi sensasi hehe… Agak-agak minda dah rasa fresh My teruskan bekerja…

Huhhhh… minggu ni Sabtu Ahad ada tanggungjawab perlu diselesaikan. Apa dia? Nantilah cerita..;) Minggu depan plan nak balik kampung di Johor. Ahhhh dah lebih 2 bulan kot tak balik… Rindu dengar bunyi ayam berkokok rindu nak makan durian belanda yang abah tanam hehe.. Akak kata durian belakang rumah tengah berbuah.. Tapi pokok doyan tu ada satu je haha.. Pokok rambutan pun sedang masak… Wahhh syioknya. Itu semua hasil tanaman abah yang bosan tak buat apa di rumah.. hehe. Minggu depan akak, abang semua mungkin balik so should be more enjoyable!

My plan nak ambil cuti 1 Ramadhan nanti memandangkan Johor bercuti pada hari tersebut. So, rasa rugi plak tak dapat spend masa dengan family.. Adik beradik semua menetap di Johor kecuali sorang abang My di Perlis. At least dapat bersahur sama-sama diorang 1st puasa tu pun dah oke..;)

Kadang-kadang ada sampai satu tahap My rasa dah bosan bekerja. Rasa nak berehat di rumah… Balik Johor tinggal dengan Mak Abah… Tanak buat apa-apa pun selain makan dan tidur hoho.. Tapi siapalah My kalau nak duduk goyang kaki tanpa usaha apa-apa kan… Kang bila tak bekerja mesti bosan sebab My bukan jenis suka tak buat apa-apa dalam satu jangka masa yang lama. Even dulu masa study pun bila semester break je mesti My kerja sementara. Tak kisahlah kerja apa, berapa gaji pun at least I’ve something to do than nothing.

Kerja sekarang? My masih sayang dengan kerja ni. Walaupun dah lebih setahun di sini sejak praktikal banyak perkara My masih perlu belajar… My masih mentah dalam segala hal… Apa jua tugas yang diberikan akan cuba My galas sehabis boleh. Walaupun kadang-kadang ada tahap yang My rasa My tak boleh perform tapi oleh kerana itu tanggungjawab My… My cuba… Betul atau tidak… perfect atau tidak… sekurang-kurangnya My cuba

Tak dinafikan… My penat… penat bekerja penat juga kalau tak buat apa-apa… Eh korang ingat kerja kat office tak boleh penat ke? Boleh taw. Hurm, kadang-kadang rasa bosan pun ada tapi

Plan Raya nanti nak bercuti memandangkan tahun lepas tak dapat cuti. Raya ke-3 dah naik bekerja sedangkan office masih lengang isk sadis tak. So bolehlah qada’ sket masa-masa yang My tak dapat nak luangkan bersama family and masa-masa yang My tak dapat lepas tamat belajar dulu sebab lepas tamat praktikal (sem akhir) terus bekerja hehe. Lagipun kampung My kat Johor then kalau cuti pendek rasa macam ralat plak kalau duk KL takpe gak hari-hari bleh mengadap mak abah kan…T_T…

Erk… dalam pada ketandusan idea tu tak sedar My dah type sepanjang ini… hehe sorry eh..;D Ok lah…. See ya!

**Happy birthday to my Lady Boss… May Allah bless you ma’am…;)

1 comment:

H.J said...

kalo penat makan kitkat..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers