9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, July 10, 2011

KOSONG

Err... ini bukan Bangku Kosong belog encik Hasrul Hassan ye hehe... yang kosong tu adalah akal fikiran My..-.-'

Dua hari tak bekerja ni minda tak berapa nak berkembang.. sebabnya, banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Lepas Subuh ambil masa lebih kurang sejam basuh baju, online atau apa sahaja yang berfaedah supaya tak jadi papa sebab tidur sebelum subuh..-.-'  sejam kemudian baru segera sambung tidur sehingga ke tengahari..-.-' Oh mahap, bukan nak menunjukkan tabiat anak dara pemalas bangun lambat, lambat mandi, tak masak segala.. Tapi adalah menjadi tanggungjawab My yang penat seminggu bekerja, tidur tak tentu masa, nak nak bujang plak kan.. untuk mengqada'kan segala tenaga yang keluar dengan tidur yang secukupnya...

Nak kata tak basuh baju ofkos My basuh baju.. memasak? My tak makan nasi sangat tinggal plak bujang nak masak macam tak berbaloi...-.-' sebab tu bidang memasak kurang arif lagi dek kerana lepas dari sejak sekolah hidup berdikari..-.-' setakat masak untuk makan sendiri tu takde hal la kan hehe

Bila seminggu penat bekerja.. kena plak weekend takde apa-apa aktiviti memang My takkan lepaskan peluang untuk tidur sepuas-puasnya. Bukan apa, perlu recharge balik tenaga untuk kembali bekerja pada hari Isnin. Dulu masa belajar pun sama... yela, jadi student ni tidur tak pernah cukup.. lagi-lagi kalau gunakan kebiasaan study 'last minit' tatkala nak kuiz, test mahupun exam! makanya terpaksa bersengkang mata untuk mentelaah subjek berkenaan sampai muntah hijau. Esemen pun macam tu jugak.. Pernah dulu tak tidur sampai subuh kerana menyiapkan esemen.. esemen group plak tuh.. Sudahnya, esok ke kelas mata macam panda.. Esemen hampeh gak... Tak berbaloi betul korbankan masa tidur tu... if I could turn back time.. hehe

So, bila dah terperap kat rumah ni.. otak terkepam jekkk.. makanya takdelah idea untuk mencanang entry untuk tatapan umum.. erk.. macam ada je penonton sudi baca kan..-.-' Jadinya, semalam My hanya kongsikan mengenai laporan mengenai Perhimpunan Bersih yang hangat berlaku di tengah Kuala Lumpur... Bila duduk rumah dapatlah hapdet pasal isu tu sambil-sambil tengok berita di tibi.... Takziah pada mangsa pemedih mata yang meninggal dunia.. syabas juga kepada yang berhimpun dan polis-polis yang bertugas... hehe.. My neutral..;D

Walaupun 2 hari tak ke mana-mana setakat keluar mengisi lemak di kedai-kedai makan tapi rasa tak cukup rehat. Masih terasa saki-baki kepenatan bekerja (ceyt penatnya macam kerja buruh je grrr)... Masih terasa tak cukup tidur! I need more rest... more and more... grrr! errr itu tanda protes sebab esok dah kena kembali bekerja... haih~ Meja bersepah-sepah dengan kerja yang masih terbengkalai.... al nasibbbbbbb...... 

'kemon My.... kerja kena ikhlas... Ingat apa yang kau belajar masa gi training dato' Fadzillah Kamsah hari tu' ...-.-'..... errrr baiklah!!! Semangat semangat!!! Esok seperti biasa bangun seawal 6 pagi untuk ke kantor a.k.a opis!!

Oklah y'ols.. jom tido... Sebelum tidur sila maafkan semua orang di sekeliling anda...;) doa tidur jangan lupa..;D

Selamat malam sayangs....;)

3 comments:

forever love said...

selamat tinggal ahad.. selamat datang isnin

^^nu[dd]yra^^ said...

kosong2 pon penuh gak 1 page my update...hehe...goodnite my..selamat bermonday blues esok...hehe;)

KAMIHIDUP said...

kosong ke berisi ni? dalam pada kosong, jadi juga satu enti ni, heee. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers