9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, July 9, 2011

[BERSIH 2.0] Ya Allah, selamatkan bumi Malaysia...

Assalamualaikum.. Selamat pagi Malaysia..

Yang tinggal di bumi Kuala Lumpur masih tidurkah korang? atau masih tersekat di jalanraya yang sesak? Atau.. mungkin ada yang sedang memasang strategi untuk menyertai BERSIH 2.0? 

Apapun yang korang lakukan hari ini, apapun tujuan korang, destinasi korang, pastikan bermula dengan niat yang baik... berdoa lah pada Allah... berusaha... seterusnya tawakkal tu A'lallah.... InsyaAllah.. niat korang tercapai hendaknya...
Harini seperti yang kita semua sedia maklum, kemungkinan besar lebih 300,000 orang akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangkakan akan memasuki Kuala Lumpur dari pelbagai sudut. Dari apa yang My baca di laman-laman sosial mahupun blog, pengikut tegar Bersih 2.0 kelihatan bersemangat untuk berjuang habis-habisan... Pelbagai strategi yang mereka kongsikan supaya hasrat mereka tercapai...

Kalau ditanya apakah persepsi My akan kemelut yang melanda Malaysia hari ini.. Jawapan My adalah... 'i dunno... i'm stuck.. i got confious'... My bukanlah seorang yang terlalu mengambil tahu mengenai dunia politik ni. Sekadar tahu sekiranya My baca di dada-dada akhbar... di blog-blog dan sebagainya. My jelik sebenarnya dengan permainan politik ni. Setiap kali, ada je yang tak kena. 

Kalau dulu negara kecoh dengan kes Anwar.. My ingat lagi masa tu My masih di sekolah rendah. My tak faham apakah yang berlaku... Tapi My pelik timbalan perdana menteri dah bermusuh dengan menteri? Bila My datang KL sana-sini ada tulisan 'reformasi bla bla...' di dinding-dinding di tepi jalan... apakah? My tak faham apa-apa... My masih kecil, My tak mampu berfikir yang My tahu itu adalah isu-isu kenegaraan, berkaitan dengan pemerintah. Jadi, My biarkan persoalan itu tidak terjawab..

Sehingga kini, walaupun Anwar telah dibebaskan tapi masih banyak isu berkenaan beliau dibangkitkan. Masih ada fitnah dan tuduhan terhadapnya dilemparkan, di saat negara semakin menghampiri Pilihanraya semakin kuat kerajaan memberi pengaruh kepada rakyat... supaya rakyat peka supaya rakyat buka mata... Untuk menguatkan lagi disajikan dengan skim rumah pertamaku, kedai 1Malaysia, klinik 1Malaysia, turun padang bagi rakyat nampak dan macam-macam lagi!
Bila My baca mengenai pihak pembangkang pula.. kadangkala My setuju kadangkala tidak. Tapi terus terang My katakan most of the time My rasa pihak ini ada juga benarnya. Entahlah... Walaupun duduk di negara merdeka.. tapi merdekakah kita?? Duduk di negara demokrasi tetapi demokrasikah kita? My tak rasa seperti kita sebagai rakyat mampu bersuara.. Walaupun segalanya di tangan kita... Duduk di negara Islam tapi yang Islam itu benar-benarkah anda Islam? Atau Islam hanya pada nama??

My tak nampak pun Bersih tu berniat untuk menghuru harakan negara. Mereka takde agenda tersembunyi pun rite? Mereka cuma mahu membuat tuntutan akan 8 perkara itu sahaja. Salahkah? Kalau gomen di pihak yang benar kenapa takut? Penuhi sahaja perkara yang 8 itu habis cerita kan? Adakah dengan menghalang mereka bermakna gomen membenarkan 8 perkara itu daripada terus berlaku? Orang suma bising sebab bersih jammed, sebab bersih itu ini... Tapi pernah terfikir siapa yang buat jammed? Siapa yang perintahkan supaya sekat jalan tutup jalan? Mereka sekat sebab tak nak bagi orang berhimpun, sekat sebab tak nak benarkan mereka buat tuntutan 8 perkara tersebut. Sudahnya nanti mereka umumkanlah 'bersih tak dapat sambutan daripada rakyat' sedangkan mereka dihalang... Jadi, dimana kedemokrasian nya? Rakyat tak dibenarkan bersuara. Rakyat tak diberikan hak. Begitukah?

Sudahnya... i get stuck here.. confious.. My bukan nak menyokong Bersih. Semua orang tahu ketuanya adalah bukan daripada kalangan Melayu. Kenapa mesti Melayu bertindak atas arahan bukan Melayu? Ini bumi anda! Namun, ada sudut lain di hati My mengatakan, tolong bersihkan keadaan yang sedia ada.. Lakukanlah pilihanraya dengan adil dan saksama.. tolonglah jauhi rasuah! Anda Islam kenapa lakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam??? My sokong orang-orang Melayu dan Islam!!! 

arghhhh... demmit!!! Pedulikanlah apa yang berlaku! ko duduk diam kat rumah! jangan ambil port!! jangan bukak mulut!!! jangan buat apa-apa pun!!! 

Daripada My sakit hati dengan semua ini lebih baik My kembali menyemai mimpi-mimpi indah. Apa lagi? tidurlaaaa..;D Biaq pi la dengan depa-depa yang nak pergi berhimpun, campuq la dengan Cina India tu, biaq pi la dengan polis-polis badan-badan gomen segala kot la depa nak sekat orang berhimpun tuh... buatla apa yang hangpa suka... Asalkan jangan ada pertumpahan darah! 

Kelak, siapapun pemerintah siapa pun yang menjadi peneraju negara.. memerintahlah dengan adil memerintahlah dengan penuh tanggungjawab... bukan tangungjawab kepada rakyat sahaja.. Tapi dengan Allah juga.. bersihkan diri anda sebelum anda bersihkan kami, rakyat.

Kita yang tak buat apa-apa ni? Berdoalah dari jauh.. Moga negara Malaysia kita aman makmur... Moga Allah permudahkan orang-orang yang dipihak yang benar tidak kira siapa pun dia.. Allahuakbar!!!

Kepada anda yang dah boleh mengundi, segera lah berdaftar... Gunakan hak anda sebagai rakyat!

Wallahua'lam bissawab.....

6 comments:

harrazdani said...

tahniah my...kita sebagai golongan muda perlu berfikir lebih terbuka...sokonglah ikut tajuk...bukan ikut fahaman kepartian..

Taufan Bin Ribut said...

diorang ni semua menyusah kan org lain je.bersih ke hape kalau cam tu gaye..


Entri terkini : Diorang ni lesbian??
Entri sebelum :All day i do about sexs
Watch my video songs ^_^

Ku Azhar said...

ape pn ku xske perhimpunan nie..bukan tidak setuju pilihanraya dibersihkan...tp sbb sedikit sbnyk memang the fact is mereka menyusahkan bnyk pihak..

nik rosmawati said...

like ur entry my.ramai anak2 muda yang dah bangkit .kagum sangat.

Mr Lonely said...

nice blog... have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

akuwanblur90 said...

nice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers